Pada tahun 1859, ribut suria terbesar dalam sejarah yang pernah direkodkan telah berlaku. Peristiwa ini dikenali sebagai Peristiwa Carrington, mengakibatkan gangguan geomagnet yang sangat kuat dan dipercayai telah menggendalakan sistem telegraf pada masa itu. Laman web Space.com menyatakan, “Satu terkaan telah dibuat bahawa jika ribut sebesar Peristiwa Carrington berlaku pada masa kini, ia boleh menyebabkan ‘kiamat internet’.”
Perkataan apocalypse (kiamat) yang kedengaran menggerunkan itu menarik perhatian kita. Ia merupakan tajuk bagi kitab Wahyu (apokalypsis) dalam bahasa Yunani. Namun begitu, perkataan ini bukan hanya bermaksud bencana atau kesudahan dunia. Seperti yang tersirat dalam tajuk Wahyu, ia juga merujuk kepada penyingkapan atau pendedahan sesuatu yang tersembunyi.
Kitab Wahyu dibuka dengan kata-kata, “Inilah wahyu Yesus Kristus” (Wahyu 1:1). Wahyu menyatakan Yesus sebagai “Anak Domba”, satu gelaran yang digunakan Yohanes lebih daripada dua puluh lima kali dalam kitab ini untuk menghuraikan-Nya. Wahyu juga menyatakan “mata [Kristus] menyala-nyala laksana api. Kaki-Nya bersinar umpama gangsa digilap di dalam relau dan suara-Nya ibarat deru air terjun yang hebat” (ayat 14-15). Apabila Yohanes pertama kali melihat Anak Domba, “rebahlah [dia] di kaki-Nya seolah-olah tidak bernyawa lagi” (ayat 17). Akan tetapi, Anak Domba ini menyentuhnya dan berfirman, “Janganlah takut! … Aku hidup selama-lamanya” (ayat 17-18).
Usah takut kiamat apa-apa pun. Sebaliknya, kita boleh menerima kitab Wahyu yang menunjukkan Kristus yang dimuliakan dan telah bangkit. Dialah yang kita sembah.
Anak-Mu Yesus kepadaku.
