Month: Mei 2026

Anatomi Hati yang Keras

Pastinya menarik jika kita dapat melihat jantung sendiri. Baru-baru ini, saya mengalami sakit dada. Jadi saya pergi berjumpa doktor untuk diperiksa. Doktor kemudian membuat beberapa ujian perubatan dan mendapati bahawa terdapat lebihan kalsium terkumpul dalam saluran darah jantung saya yang dikenali sebagai aterosklerosis (penyempitan saluran darah).

Akar yang Dalam

Ketika Douglas Kent, seorang arkitek landskap, meninjau sebuah kawasan yang telah hangus terbakar selepas kebakaran besar melanda di bandar Los Angeles pada tahun 2025, dia terkejut melihat sesuatu yang luar biasa. Walaupun kereta telah cair dan bangunan telah terbakar, masih ada pokok-pokok yang hidup dan menghijau. Banyak daripadanya mempunyai pelepah dan daun yang subur, buah yang banyak, serta batang dan dahan yang kuat. Bagaimanakah ini boleh berlaku?

Mendengar Suara Gembala yang Baik

Saya membuka aplikasi perbankan dalam talian dan mendapati ada dua pengeluaran yang melebihi $500, yang saya tidak lakukan. Dalam keadaan cemas, saya menghubungi pihak bank dan mendapati identiti saya telah dicuri. Dengan bantuan pihak bank, saya berjaya memulihkan akaun bank, tetapi pengalaman itu telah mengajar saya lebih berwaspada untuk mencegah kecurian seperti itu pada masa hadapan.

Bagaimanakah Orang Kristian Meraikan Hari Gawai?

Bagaimanakah Orang Kristian Meraikan Hari Gawai?

Hari Gawai Dayak merupakan satu perayaan yang penting dalam masyarakat di Sarawak. Bagi orang Kristian, musim ini juga menjadi peluang untuk merenungkan bagaimana kita hidup sebagai pengikut Kristus di tengah-tengah budaya dan tradisi masyarakat setempat.

Namun, dalam meraikan perayaan ini, kita juga berhadapan dengan pelbagai cabaran, khususnya apabila terdapat amalan atau gaya hidup yang…

Melihat Keagungan Tuhan

Dalam soneta “God’s Grandeur (Keagungan Tuhan), karya penyair Gerard Manley Hopkins pada abad kesembilan belas, seniman sastera ini meraikan bagaimana ciptaan di dunia ini “terpenuhi” dengan keagungan Tuhan. Hopkins menggambarkan kemuliaan Tuhan yang menakjubkan, bernyala dan berkilau “seperti cahaya yang terpancar daripada kerajang logam.” Namun demikian, jika keindahan Tuhan begitu terserlah, mengapakah begitu ramai orang terlepas pandang? Hopkins berpendapat bahawa salah satu sebabnya ialah manusia telah menutupi segala sesuatu dengan “kotoran manusia” dan “bau manusia”—sehingga ramai orang tidak mampu lagi untuk melihat apa-apa selain diri mereka sendiri.