Satu kajian saintifik menunjukkan bahawa menonton rancangan televisyen yang menampilkan watak-watak jahat sebenarnya boleh mempengaruhi orang untuk bertindak jahat. Pelbagai bentuk kekasaran—sama ada pergaduhan terang-terangan ataupun gosip halus—merangsang otak penonton untuk meniru tingkah laku tersebut. tanpa sedar, Kesan ini biasanya berlaku tanpa disedari, bermakna rancangan yang mempersendakan orang lain secara halus juga boleh mempengaruhi cara kita memperlakukan orang lain. Begitu juga, orang yang kita pilih untuk menghabiskan masa bersama akan mempengaruhi tingkah laku kita.

Salomo memberikan nasihat yang tidak lapuk dek zaman: “Orang yang bergaul dengan orang arif akan menjadi arif, tetapi orang yang berkawan dengan orang bodoh akan menderita” (Amsal 13:20). Maksud tersiratnya ialah kebijaksanaan tidak selalu dapat dicapai seorang diri; kita harus bergaul dengan orang yang bijak dan yang memuliakan Tuhan—guru dan rakan—bukan dengan orang bodoh. Mendampingi individu yang bijak akan memupuk “pengertian yang baik” dan membantu kita menghindari “kebinasaan” (ayat 15, TMV). Seorang cendekiawan menyebut ini sebagai “pendidikan melalui persahabatan.” Teman yang rapat pasti saling mempengaruhi, sama ada secara baik ataupun buruk. Salomo menggesa kita memperhatikan siapa yang kita pilih sebagai teman, kerana “ajaran orang bijak ialah mata air kehidupan” (ayat 14).

Dengan pertolongan Tuhan, marilah kita sentiasa mendampingi orang yang mendorong kita untuk menghormati-Nya, mengasihi orang lain, dan bertumbuh dalam kebijaksanaan.