Month: Julai 2026

Kata-Kata yang Memuliakan Tuhan

Sahabat saya, Alex, seorang editor buku, memeriksa peti masuknya. Dia menjangka akan menerima e-mel marah daripada seorang pengarang. Dia telah menyunting manuskrip seorang pemimpin perniagaan terkemuka selama berbulan-bulan. Namun tanpa diduga, pihak penerbit memutuskan untuk menghentikan penerbitan buku itu atas masalah syarikat. Selepas menghantar e-mel yang menyampaikan berita buruk itu kepada pengarang, Alex menunggu balasan pengarang itu dengan bimbang.

Air Hidup daripada Kristus

Ketika saya menatap goresan Kristus dan Perempuan Samaria oleh Rembrandt, seorang pelukis Belanda, terdapat dua butiran yang menarik perhatian saya. Yang pertama ialah postur Yesus yang menunjukkan kerendahan hati—menundukkan badan, dengan tangan-Nya yang menekap di dada-Nya—ketika Dia berbual dengan perempuan Samaria itu. Disebabkan permusuhan berabad-abad antara kedua-dua bangsa ini, orang Yahudi biasanya tidak “berurusan dengan orang Samaria” (Yohanes 4:9). Namun, Yesus mendekati perempuan itu dengan hormat dan martabat, walaupun dia dianggap sebagai orang terbuang (ayat 17-18).

Melayani Tuhan, Bukan Diri Sendiri

Ramesses II, firaun Mesir purba, begitu meninggikan dirinya sehingga dia mendirikan banyak struktur binaan untuk memasyhurkannya, termasuk pelbagai tugu yang menggambarkan ciri-ciri fizikalnya. Salah sebuah patung Ramesses II yang sangat besar berdiri kira-kira setinggi 11 meter dan berat 75 tan metrik, yang diukir dengan megah daripada granit merah. Walau bagaimanapun, usia tidak berpihak kepada pemerintah yang angkuh itu. Ketika dia meninggal dunia, dia menderita kerosakan gigi, artritis dan masalah jantung kronik. Sesetengah tugunya mungkin bertahan untuk sementara waktu, tetapi—seperti semua manusia yang fana—dia tetap meninggal dunia.

Bersauh dalam Tuhan

Hari sudah pagi, jadi suami saya membuka telefonnya untuk memilih lagu Injil kegemarannya, “My Soul Is Anchored” (Bersauh pada Tuhan). Lirik lagu ini meluahkan harapan kepada Tuhan ketika menghadapi pergolakan. Ia juga memberi amaran tentang gulungan ombak besar dan hempasan gelombang. Namun, kita tidak akan goyah, kata lagu itu, kerana Tuhan mendakap kita dengan erat.

Dipersiapkan untuk Membantu

Sahabat saya perlu berlatih meletakkan kereta secara selari menjelang hari ujian memandunya yang tidak lama lagi. Saya berdoa agar kami dapat mencari tempat yang selamat untuk mengajarnya, dan timbul idea untuk pergi ke gereja kejiranan yang mempunyai tempat letak kereta yang luas. Selepas kami menyediakan ruang letak kereta menggunakan kerusi lipat—yang ternyata kurang ideal, sahabat saya membuat percubaan pertamanya untuk mengundurkan kereta ke ruang di antara kerusi itu.