Pada tahun 2018, seorang lelaki mendaftar masuk ke sebuah bilik hotel di New York untuk menumpang tidur semalam. Namun, dia terus tinggal di bilik itu selama lima tahun tanpa membayar satu sen pun lagi—dengan mengambil kesempatan terhadap undang-undang sewa yang kurang jelas. Namun, sikapnya yang enggan pindah keluar akhirnya boleh menyebabkan dia dipenjarakan.

Seperti penyewa yang tidak diundang dan enggan keluar, Yakobus mengingatkan kita bahawa Iblis akan terus berlegar dalam hidup kita apabila dia dibiarkan tanpa kawalan. “Lawanlah Iblis,” tulis Yakobus, “maka Iblis akan lari daripadamu” (ayat 7). Rasul itu menegaskan bahawa pergelutan kita sering berpunca daripada “keinginan hawa nafsu”dan “tujuan [yang] jahat” (ayat 1, 3)—seperti kesombongan, kesetiaan yang berbelah bahagi, dan fikiran yang tidak murni dalam hati kita. Untuk melawan godaan ini, Yakobus memberikan dua perintah ini: “taatlah kepada Allah” dan “lawanlah iblis” (ayat 7). Taat bermaksud menyerahkan setiap aspek hidup kita kepada Tuhan, manakala melawan Iblis memerlukan tindakan aktif—melalui doa, kewaspadaan dan hikmat daripada firman Tuhan.

Seperti tuan rumah yang mengusir penyewa haram, kita dapat menolak godaan Iblis daripada menguasai kita dengan kekuatan Tuhan. Ketika kita melawannya, Tuhan menjanjikan kemenangan, seperti yang ditegaskan oleh Yakobus: “Iblis akan lari daripadamu” (ayat 7).

Apabila kita mengusir dosa dan pengaruh Iblis serta “dampingi Allah” (ayat 8), kita membenarkan damai, sukacita, dan tujuan-Nya memenuhi hidup kita dengan melimpah. Musuh tidak dapat tinggal di tempat yang Tuhan memerintah!