
Bukan Ritual tetapi Kristus
Di Santa Fe, New Mexico, ribuan orang berkumpul setiap tahun untuk membakar Zozobra—patung besar setinggi kira-kira 15 meter yang diisi dengan kebimbangan, bil, dan penyesalan mereka. Mereka menjerit, “Bakar dia!” dengan harapan api akan memusnahkan segala ketakutan dan masalah mereka, serta memberi permulaan baru. Ritual itu mencerminkan kerinduan mendalam manusia untuk dilepaskan daripada ketakutan, rasa bersalah, dan kegagalan. Ritual yang dramatik, tetapi tidak berkuasa. Api boleh memusnahkan kertas, tetapi bukan rasa bersalah. Ia boleh membakar abu, tetapi bukan rasa malu.

Mendengar Tuhan
Dalam satu ceramah TED (Technology Entertainment Design—sebuah platform yang orang dari seluruh dunia dapat berkongsi idea), Celeste Headlee berkongsi “10 Tip untuk Mempunyai Perbualan yang Lebih Baik.” Salah satunya mungkin kedengaran bertentangan dengan naluri: Untuk mempunyai perbualan yang baik, kita perlu mendengar. Biasanya, apabila orang lain bercakap, kita tidak benar-benar mendengar apa yang dicakap orang, sebaliknya kita memikirkan apa yang hendak kita cakap seterusnya. Headlee juga memetik kata-kata daripada penulis Steven Covey: “Kebanyakan kita tidak mendengar untuk memahami. Kita mendengar untuk membalas.”

Diterima oleh Tuhan
Seorang doktor yang bernama Harold Moody tidak pernah menolak pesakit, walaupun ada yang tidak mampu membayar dan walaupun dia sendiri pernah dipinggirkan oleh masyarakat. Sebenarnya dia mempunyai rekod cemerlang dalam pengajian perubatan, tetapi tiada hospital yang mahu mengupahnya kerana warna kulitnya. Jadi, pada tahun 1913, dia membuka klinik sendiri di rumahnya, dan sering merawat orang miskin secara percuma. Sepanjang hidupnya, doktor Harold Moody banyak membantu orang yang didiskriminasikan. Kerana usahanya itu, dia digelar “Martin Luther King di Britain.”

Doakan Mereka
Filem Sully mengisahkan tentang seorang juruterbang yang berjaya mendaratkan kapal terbang yang rosak di Sungai Hudson dengan selamat. Selepas diselamatkan, Kapten “Sully” melangkah turun dari feri penyelamat, dan berkata kepada seorang pegawai, “Saya perlu tahu siapa yang cedera dan sejauh mana tahap kecederaannya, dan semuanya ialah 155 orang ya, termasuk penumpang dan anak kapal.” Pegawai itu bertanya, “Baik. Bagaimana dengan tuan?” Sully menjawab, “Saya akan jawab soalan itu selepas kita sudah kira semua 155 orang.”
