Month: Julai 2026

Tuhanlah yang Berperang

Walaupun Carol suka berkawan dan membantu orang dalam pelayanan warga emas di gerejanya, dia kerap disalahkan oleh pemimpin gereja yang suka menguasai orang lain. Keadaan ini membuatnya begitu terganggu sehingga dia perlu mendapatkan kaunseling. Dia dinasihatkan untuk berhenti daripada pelayanan, tetapi dia tidak mahu “meninggalkan” kumpulan warga emas itu. Dalam dilema ini, dia berdoa memohon bimbingan Tuhan. Maka Tuhan memberinya penghiburan dan keyakinan ketika dia menyerahkan ketakutannya kepada-Nya. Tuhan menunjukkan kepadanya bahawa dia perlu bercakap dengan pemimpin itu sambil mempercayai Tuhan untuk menyelesaikan isu tersebut.

Hidup Baru untuk Hati yang Mati

Teras kayu merupakan tiang sokongan utama bagi sesetengah pokok. Walaupun teras itu sudah mati, ia tidak mudah reput atau kehilangan kekuatannya, sementara lapisan luar yang hidup masih utuh. Malah teras kayu boleh sekuat keluli, kerana ia terbina daripada gentian yang diikat bersama oleh gam semula jadi yang dipanggil lignin. Elemen struktur ini membolehkan pokok ini bertahan menghadapi pelbagai cabaran alam semula jadi.

Siapa Kita Bergaul

Satu kajian saintifik menunjukkan bahawa menonton rancangan televisyen yang menampilkan watak-watak jahat sebenarnya boleh mempengaruhi orang untuk bertindak jahat. Pelbagai bentuk kekasaran—sama ada pergaduhan terang-terangan ataupun gosip halus—merangsang otak penonton untuk meniru tingkah laku tersebut. tanpa sedar, Kesan ini biasanya berlaku tanpa disedari, bermakna rancangan yang mempersendakan orang lain secara halus juga boleh mempengaruhi cara kita memperlakukan orang lain. Begitu juga, orang yang kita pilih untuk menghabiskan masa bersama akan mempengaruhi tingkah laku kita.

Pulih daripada Pengkhianatan

Dalam salah satu novelnya, Toni Morrison mengisahkan Nel dan Sula, sepasang sahabat sejak kecil. Akan tetapi, persahabatan itu menjadi renggang apabila Sula semakin bersikap mementingkan diri, sehingga Sula tergamak menggoda suami Nel. “Kenapa kamu tidak memikirkan aku?” tanya Nel kepada Sula. “Tidak pentingkah aku?” Sedihnya, Sula tidak peduli sama sekali untuk menjawab.