Pada tahun 2018, seorang lelaki mendaftar masuk ke sebuah bilik hotel di New York untuk menumpang tidur semalam. Namun, dia terus tinggal di bilik itu selama lima tahun tanpa membayar satu sen pun lagi—dengan mengambil kesempatan terhadap undang-undang sewa yang kurang jelas. Namun, sikapnya yang enggan pindah keluar akhirnya boleh menyebabkan dia dipenjarakan.
Seperti penyewa yang tidak diundang dan enggan keluar, Yakobus mengingatkan kita bahawa Iblis akan terus berlegar dalam hidup kita apabila dia dibiarkan tanpa kawalan. “Lawanlah Iblis,” tulis Yakobus, “maka Iblis akan lari daripadamu” (ayat 7). Rasul itu menegaskan bahawa pergelutan kita sering berpunca daripada “keinginan hawa nafsu”dan “tujuan [yang] jahat” (ayat 1, 3)—seperti kesombongan, kesetiaan yang berbelah bahagi, dan fikiran yang tidak murni dalam hati kita. Untuk melawan godaan ini, Yakobus memberikan dua perintah ini: “taatlah kepada Allah” dan “lawanlah iblis” (ayat 7). Taat bermaksud menyerahkan setiap aspek hidup kita kepada Tuhan, manakala melawan Iblis memerlukan tindakan aktif—melalui doa, kewaspadaan dan hikmat daripada firman Tuhan.
Seperti tuan rumah yang mengusir penyewa haram, kita dapat menolak godaan Iblis daripada menguasai kita dengan kekuatan Tuhan. Ketika kita melawannya, Tuhan menjanjikan kemenangan, seperti yang ditegaskan oleh Yakobus: “Iblis akan lari daripadamu” (ayat 7).
Apabila kita mengusir dosa dan pengaruh Iblis serta “dampingi Allah” (ayat 8), kita membenarkan damai, sukacita, dan tujuan-Nya memenuhi hidup kita dengan melimpah. Musuh tidak dapat tinggal di tempat yang Tuhan memerintah!
dapat membantu anda melakukannya?
setiap bahagian hidupku kepada-Mu supaya aku dapat
berdiri teguh untuk melawan tipu daya musuh.
ILHAM
Selain nasihat Petrus (1 Petrus 5:8) dan Yakobus (Yakobus 4:7) tentang kewaspadaan rohani dalam melawan pencubaan, Paulus juga memberikan pengajaran tentang hal ini. Setelah mengingatkan bagaimana bangsa Israel telah jatuh ke dalam pencubaan di padang gurun (1 Korintus 10:1-11), dia memberi amaran kepada jemaah Korintus: “Sesiapa yang menyangka dirinya berdiri tegap, berhati-hatilah supaya tidak jatuh. Setiap cubaan yang kamu alami memang biasa dihadapi orang. Tetapi Allah setia ... Sewaktu kamu dicubai, Allah akan memberimu jalan keluar supaya kamu mendapat kekuatan menanggungnya” (ayat 12-13). Paulus memberikan dua contoh bahawa “jalan keluar” kadang-kadang melibatkan tindakan melarikan diri. Dia menasihati kita: “jauhkanlah diri daripada penyembahan berhala” (ayat 14) dan “perbuatan cabul” (6:18). Roh Kudus menolong kita berdiri teguh untuk melawan musuh.
