Month: Ogos 2026

Mempengaruhi Generasi Seterusnya

Semasa latihan bola keranjang, ayah Enrique meminta dia dan rakannya menunjukkan kepada pasukan cara menghantar bola dengan betul. Enrique telah berlatih selama beberapa minggu, tetapi dia berasa takut melakukan kesilapan. Dia berdoa, melengkapkan latihan itu, lalu berkata, “Terima kasih, Tuhan!” Kemudian ayahnya berkata, “Ayah bangga kerana kamu berusaha keras, anakku. Tetapi ayah lebih bangga kerana kamu berdoa dan memuji Tuhan.” Enrique mengangkat bahu dan berkata, “Saya hanya buat apa yang selalu dilakukan ayah.”

Tuhan Lebih Besar

Sebelum menjadi terkenal, panglima perang Mongolia, Genghis Khan (sekitar 1162-1227), telah membunuh saudara tirinya sendiri untuk mengukuhkan kedudukannya dalam keluarga. Setelah memperkukuh kuasanya, dia mula membina sebuah empayar yang lebih luas daripada empayar Alexander Agung, yang terbentang dari pantai Pasifik di Asia hingga ke Eropah Timur. Dengan taktik yang kejam, dia dan “Horda Emas”-nya meninggalkan jejak kematian dan kemusnahan di setiap tempat yang ditawan oleh mereka. Serangan ketenteraannya yang dahsyat tiada tandingan dalam sejarah.

Sebahagian daripada Kisah Tuhan

Ahli arkeologi Jodi Magness dan pasukannya telah menjalankan kerja penggalian sebuah rumah ibadat (sinagog) di kampung purba Huqoq di wilayah Galilea Bawah. Mereka menemukan koleksi mozek, lukisan dan ukiran yang luar biasa. Namun begitu, yang amat jarang ditemui ialah sebuah mozek yang menggambarkan kisah Alkitab tentang Debora dan peranannya dalam peperangan Israel melawan orang Kanaan. Tiada gambaran purba lain yang diketahui tentang wirawati ini.

Perkahwinan Tidak Retak dalam Sehari

Perkahwinan Tidak Retak dalam Sehari

Menghidupi Janji Perkahwinan Bersama Kristus
Paling utama amalkanlah kasih, ikatan dan penyatu yang sempurna. (Kolose 3:14)

"Aku menerima engkau menjadi suami/isteriku yang sah. Aku berjanji akan tetap mengasihi dan menghormatimu, dalam keadaan senang mahupun susah, dalam kelimpahan mahupun kekurangan, dalam sakit mahupun sihat, sehingga maut memisahkan kita."

Hari perkahwinan ialah saat dua insan mengucapkan janji untuk saling…

Keluarga dalam Tuhan

“Apakah yang membuat anda tersenyum apabila memikirkan tentang anak lelaki anda?” Itulah soalan saya kepada Clarence—seorang lelaki muda yang saya bimbing. Ayah yang bangga itu terus berkongsi beberapa pencapaian anak cerdiknya yang berusia empat tahun. Ada satu perkara yang membuat saya geli hati. Bukan sahaja kanak-kanak itu mempunyai nama dan nama keluarga ayahnya, tetapi dia juga sudah mempunyai paras rupa yang begitu mirip dengan ayahnya sehingga dia boleh membuka telefon pintar ayahnya dengan menggunakan pengecaman wajah sendiri!