
Penghiburan Ilahi
Bunyi air yang mengalir deras mengesahkan bahawa saya telah tiba di Kolam Memorial 9/11 di Bandar Raya New York, tempat yang selama ini saya elakkan kerana takut terlalu sedih dan duka apabila mengenangkan tragedi yang berlaku pada tahun 2001. Saya berjalan mengelilingi dua buah kolam refleksi besar yang terletak di tapak bekas Menara Berkembar. Sungguh menggugah perasaan apabila melihat nama-nama mangsa yang terukir pada dinding kolam—serta bunga-bunga mawar yang diletakkan oleh orang tersayang mereka.

Warisan Kemurahan Hati
Walaupun kami tidak tinggal di negeri yang sama dengan datuk dan nenek sebelah ibu, saya bersyukur dapat mengenali mereka dengan baik. Mereka sering datang ke Colorado untuk mengunjungi kami, dan kami juga melawat mereka di California. Apabila saya dan kakak saya meningkat dewasa, perbualan kami dengan datuk dan nenek beralih daripada topik kanak-kanak kepada perkara yang lebih serius seperti kewangan. Mereka menjelaskan bahawa mereka ingin berkongsi sumber mereka dengan kami semasa mereka masih hidup, tetapi sebahagian besar harta pusaka mereka akan didermakan kepada badan kebajikan selepas mereka meninggal dunia.

Undangan Terbuka daripada Tuhan
Sebelum majlis perkahwinan sahabat karib saya, kami telah bersungguh-sungguh menyediakan meja untuk 200 ratus orang tetamu di majlis tersebut. Dengan penuh kegembiraan dan harapan, kami meluangkan banyak masa melipat napkin, menyusun sudu garpu, merapikan alas meja, dan menggubah bunga. Setelah semua usaha itu, kami tidak sabar menunggu tetamu datang dan menikmatinya. Namun, apabila banyak kerusi masih kosong, kami amat kecewa.

Indahnya Persekutuan
Rachel telah berpindah dari satu gereja ke gereja lain selama tiga tahun sebelum menemui satu kumpulan pembelajaran Alkitab yang memberikan apa yang tidak ditemuinya di gereja tradisional, iaitu persekutuan. Rachel ialah seorang yang tuli. Di seluruh dunia, ramai orang tuli menghadapi cabaran yang serupa dalam ibadah kerana kekurangan akses atau komunikasi yang sesuai. Namun gereja yang dihadiri Rachel itu membantu mengekalkan persekutuan dengan menonton ibadah gereja untuk golongan pekak dan bisu di YouTube, membincangkan pengajaran yang ditonton antara sesama, dan kemudian makan bersama. Kumpulan kecil ini memberi rasa keluarga gereja yang dipimpin oleh Roh Kudus, yang sangat dirindukan oleh Rachel.
Perjalanan Pulang: Pengajaran daripada The Odyssey, Karya Christopher Nolan
Baca: Mazmur 17:15
Tetapi dalam perbenaran aku akan melihat wajah-Mu; aku akan bahagia sepenuhnya apabila terjaga di hadirat-Mu.
*Artikel ini mengandungi spoiler bagi pembaca yang belum menonton filem The Odyssey.
Sebagai seorang pereka grafik, saya suka kisah yang bukan sekadar menghiburkan, tetapi juga membuat kita berfikir tentang kehidupan. Sebab itulah saya menggemari karya-karya Christopher Nolan. Filem terbaharunya, The Odyssey, menampilkan…