Month: September 2026

Digunakan Semula oleh Tuhan

Seorang kapten bernama Tim Mullane bekerja bersungguh-sungguh untuk menenggelamkan sebuah kapal wap besar yang dipanggil SS United States. Dia sebenarnya dibayar untuk menenggelamkannya ke dasar laut. Namunk Kapten Mullane membuat keputusan untuk mengubah fungsi kapal lama dan menjadikannya terumbu tiruan di dasar laut. Kapal-kapal yang telah tenggelam menjadi tempat menarik untuk penyelam skuba. Ia juga membantu melindungi pantai dengan mengurangkan hakisan. Walaupun kapal-kapal itu tidak lagi belayar di laut, ia masih berguna walaupun berada jauh di dasar laut.

Perbuatan Baik

Seperti kebanyakan orang yang meninggal pada usia muda, kematian Joe mengejutkan semua yang mengenalinya. Sejurus sebelum dia meninggal dunia, dia telah membuat beberapa keputusan yang kurang bijak. Kini, suami, bapa, jurulatih, dan pemimpin belia ini tidak lagi bersama mereka yang selama ini bergantung padanya.

Kata-kata daripada Sahabat

Ketika saya menghadiri kelas Alkitab pada usia dua puluh enam tahun, saya berasa bingung.Beberapa komen daripada rakan sekelas saya terasa agak mengecewakan. Mereka nampaknya mempunyai begitu banyak masalah. Saya pun bertanya, “Jika kita orang Kristian, mengapakah kita begitu murung? Bukankah kita sudah tahu bagaimana pengakhiran kisah kita yang sebenar?” Apa yang saya maksudkan adalah janji hidup kekal dalam Kristus, dan janji-janji di dalam Alkitab yang mengatakan bahawa Tuhan sentiasa menjaga umat-Nya. Pengajar Alkitab itu hanya tersenyum dan meneruskan pengajaran. Namun, soalan-soalan saya itu terus saya ingati hingga bertahun-tahun.

Penghiburan pada Saat Kedukaan

Kira-kira pada jam 9 malam, suara yang sayu terdengar daripada panggilan ibu: “Ayah kamu dah tak ada”. Walaupun saya telah menjangkakan panggilan ini selama beberapa hari, dan berasa lega kerana ayah tidak lagi menanggung kesakitan, berita itu tetap mendesak dada. Selama berhari-hari dan berminggu-minggu, saya menangis semahu-mahunya melayan rasa sedih yang teramat sangat.

Gereja yang Penyayang

Semasa saya masih kecil, saya sangat suka pergi ke gereja bersama keluarga setiap pagi dan petang Ahad. Pastor kami seorang yang ceria dan selalu melibatkan kanak-kanak dalam aktiviti gereja, serta menggalakkan saya memupuk minat dalam penulisan. Guru-guru sekolah Minggu dan pastor telah mengajar saya untuk mengasihi dan memahami firman Tuhan. Pada setiap malam Ahad pula, biasanya ada penceramah jemputan dan mubaligh yang datang ke gereja. Perkongsian mereka menyentuh hati saya untuk terlibat dalam kerja-kerja misi. Gereja kami memang menepati slogan yang dibuat oleh pastor, iaitu “Gereja yang ‘penyayang di Jalan Coldwater.” Walaupun gereja kami tidak sempurna, setiap orang adalah seperti sebuah keluarga. Sejak itu, saya terus menghadiri gereja (walaupun terkadang susah mencari gereja yang sesuai), dan saya tetap mendapat semangat dan semakin kuat dalam iman saya.