Ketika saya masih kecil dan terbangun di tengah malam, saya sering melihat ibu duduk di kerusinya di ruang tamu. Cahaya lembut dari lampu meja menerangi sebuah buku di pangkuannya―Alkitab. Ibu saya mengalami kesukaran untuk tidur kerana insomnia dan kesakitan kronik, tetapi dia menggunakan waktu itu dengan baik. Kami jarang berbual pada saat-saat itu. Saya terlalu mengantuk untuk melakukan apa-apa selain mengangguk dan beredar perlahan kembali ke bilik. Namun saya yakin bahawa ibu menggunakan waktu hening itu untuk berdoa dan berhubung dengan Tuhan, dan Tuhan berbicara kepadanya.
Bagaimanakah kita dapat meluangkan saat-saat untuk mengenal Tuhan dengan lebih mendalam? Tentu saja, kita tidak perlu menunggu sampai mengalami malam tanpa tidur. Yesus meninggalkan sahabat-sahabat-Nya untuk menghabiskan waktu berbicara sendirian dengan Bapa-Nya (Markus 1:35).
Alkitab mengatakan, “Diamlah, dan ketahuilah Aku Allah” (Mazmur 46:10). Mazmur Daud sering menggambarkan bagaimana dia berusaha memiliki hubungan akrab dengan Tuhan dan memuji-Nya atas siapa Dia sebenarnya (63:1-8)
Dunia ini penuh dengan kebisingan, dan kita sering terganggu oleh bunyi bising itu. Ia menuntut perhatian kita dan menggoda kita untuk terus terlibat. Itulah sebabnya kita perlu secara aktif mencari saat-saat tenang yang jarang ditemui dalam huru-hara kehidupan keluarga atau kesibukan dalam pekerjaan. Kita menemukan Tuhan dalam keheningan.
Tuhan sentiasa berjaga. Dia sentiasa mendengar. Dia sentiasa bersedia untuk meluangkan masa bersama mereka yang mencari-Nya.
dan memuji-Mu kerana siapa Engkau.
ILHAM
Mazmur 63 menggambarkan seseorang yang bersungguh-sungguh mencari Tuhan. Daud berkata, “Ya Allah, Engkau Allahku, aku akan mencari-Mu segera” (ayat 1). Dia memuji Tuhan kerana “kasih[-Nya] lebih bernilai daripada nyawa” (ayat 3). Pemazmur menyedari bahawa kepuasan sejati bukanlah sesuatu yang dapat diperoleh daripada apa yang kita milikidi tangan kita, tetapi daripada mengenali Tuhan. Dia menghargai masa bersama Tuhan lebih daripada kepuasan yang diperoleh setelah menikmati makanan yang terbaik: “Jiwaku akan berasa puas seperti dijamu; dan aku akan memuji-Mu dengan sukacita” (ayat 5). Ungkapan tentang kedahagaan, kerinduan, dan berpaut pada Tuhan menunjukkan suatu hubungan yang dikejar dengan kesungguhan dan kasih. Mazmur 63 mengingatkan kita bahawa keintiman kita dengan Tuhan bertumbuh apabila kita mencari Tuhan dalam masa senyap.
