Dalam sebuah buku puisi yang bertajuk Kneeling in Betlehem, karya Ann Weems, penyair ini mengajak kita memikirkan bahawa setiap hati manusia mempunyai “Betlehem” sendiri secara kiasan. Betlehem ialah sebuah kota kecil purba di Israel, kampung halaman Yusuf. Dia dan isterinya, Maria yang sedang mengandung, pulang untuk mendaftarkan diri dalam banci yang diperintahkan oleh kerajaan Rom. Maria melahirkan Yesus, dan “membaringkannya di dalam sebuah palung kerana tidak ada tempat bagi mereka di rumah tumpangan” (Lukas 2:7) . Puisi Weems meneroka idea bahawa, sama seperti dahulu tiada tempat bagi Yesus di rumah tumpangan di Betlehem, setiap orang hari ini perlu menjawab satu soalan penting: “Adakah terdapat ruang di hati saya untuk Yesus?”
Paulus juga menggalakkan para pembacanya membuka hati mereka dan membenarkan Yesus mendiami hati mereka (Efesus 3:17). Pada zaman Alkitab, hati dianggap sebagai pusat kehidupan seseorang, tempat bersemayamnya fikiran, kehendak, dan emosi mereka. Orang yang membuka hati mereka kepada Yesus bermakna mengizinkan-Nya untuk berada “di rumah” dalam setiap aspek kehidupan mereka.
Apabila Maria, Yusuf, para malaikat, dan gembala menyambut bayi Yesus, mereka mula memahami sesuatu tentang kasih Tuhan terhadap mereka. Begitu juga, Paulus menulis bahawa apabila kita menyambut Kristus ke dalam hidup kita, kita akan mengalami berkat-berkat susulan kehadiran-Nya, termasuk keupayaan untuk mula memahami kasih-Nya yang besar terhadap kita (ayat 17-19).
yang telah anda alami?
Bantulah aku sentiasa menyambut-Mu
dalam setiap aspek hidupku.
ILHAM
Mohonlah pertolongan Tuhan supayaa kita mengutamakan Yesus dalam setiap aspek kehidupan kita.
Bagaimanakah Kristus “mendiami hati [kita]” (Efesus 3:17)? Perkataan “mendiami” boleh bermaksud menetap secara tetap atau terus berada dalam keadaan tertentu. Roh Kudus menetap secara kekal di dalam hati kita apabila kita percaya kepada Yesus dan menerima pengorbanan-Nya untuk menghapus dosa kita (1:13-14). Roh Kudus membimbing dan menolong kita memahami Alkitab serta menjalani kehidupan yang menyenangkan hati-Nya (Yohanes 14:26; 16:13-15). Matlamat kita adalah untuk ”mengarahkan mata kita kepada Yesus, Pelopor dan Penyempurna iman kita” (Ibrani 12:2). Sebagaimana Kristus mendiami hati kita, Dia juga akan menolong kita terus hidup di dalam-Nya melalui doa dan pembacaan Alkitab, sementara kita berusaha untuk menjadi serupa dengan-Nya.
