Penulis

Lihat semua
Adam R. Holz

Adam R. Holz

Adam Holz merupakan seorang editor bersekutu senior di laman web ulasan media, Plugged In bagi Focus on the Family. Adam juga melayani sebagai editor bersekutu bagi Discipleship Journal. Dia ialah penulis bagi pengkajian NavPress Bible Beating Busyness . Isteri Adam, Jennifer ialah seorang pastor yang melayani di gereja Presbyterian. Mereka ada tiga anak yang minat mereka termasuklah berenang, gimnastik, drama, piano. Mereka juga amat suka pencuci mulut yang dibuat oleh bapa mereka. Pada masa lapang, Adam suka memainkan gitar elektrik.

Artikel oleh Adam R. Holz

Hati Seorang Penyanyi 

Lagu pujian kedengaran di tingkat bawah … pada pukul 6:33 pagi, hari Sabtu. Saya fikir tiada orang yang terjaga, tetapi suara anak bongsu saya yang garau menunjukkan saya tersilap. Dia masih berbaring di katil, tetapi sudah ada lagu di bibirnya.

Menara yang Condong

Anda mungkin sudah mendengar tentang Menara Condong Pisa yang terkenal di Itali. Namun pernahkah anda mendengar tentang menara condong di San Francisco? Menara ini dinamakan Menara Milenium dan dibina pada tahun 2008. Bangunan pencakar langit setinggi 58 tingkat ini berdiri dengan megah dalam keadaan sedikit condong di pusat bandar San Francisco.

Perlindungan Tuhan

Saya sedang memasuki kereta ketika cahaya menyilaukan mata saya: sebatang paku terkena pada tayar belakang kereta saya. Saya terdengar bunyi udara yang keluar secara perlahan-lahan daripada tayar tersebut. Syukurlah, lubang itu ditutup—sekurang-kurangnya untuk sementara.

Bapa, Di Manakah Engkau?

“Ayah! Di manakah kamu?”

Terus Bertahan

Baru-baru ini bapa mentua saya telah mencapai usia 78 tahun. Semasa keluarga kami berkumpul untuk memberi penghormatan kepadanya, seseorang bertanya kepada dia, “Apakah perkara paling penting yang anda telah pelajari dalam hidup anda setakat ini?” Jawapannya? “Terus bertahan.”

Apabila Kita Tahu Siapa Menang

Penyelia saya ialah seorang peminat pasukan bola keranjang bagi sebuah universiti. Tahun ini, pasukan ini memenangi kejohanan kebangsaan, jadi rakan kerja yang lain menghantar ucapan tahniah kepadanya. Masalahnya, dia belum berpeluang untuk menonton perlawanan akhir! Menurutnya, dia berasa kecewa kerana mengetahui keputusannya terlebih dahulu. Tetapi dia mengakui, sekurang-kurangnya apabila dia menonton perlawanan itu, dia tidak berasa gemuruh ketika markah kedua-dua pasukan hampir berdekatan pada penghujung perlawanan. Dia sudah tahu siapa yang menang!

Kerinduan Anjing Bulldog

Hampir setiap pagi musim panas, satu drama yang menyeronokkan akan dapat dilihat di taman belakang rumah kami. Ini melibatkan perenjis air dan seekor anjing bulldog. Pada sekitar jam 6.30 pagi, perenjis air akan terpasang. Tidak lama kemudian, seekor anjing bulldog, Fifi (nama panggilan yang diberikan oleh keluarga kami) akan datang.

Tidak Lagi Melarikan Diri

Pada 18 Julai 1983, seorang kapten tentera udara Amerika Syarikat telah hilang tanpa meninggalkan sebarang kesan dari Albuquerque, New Mexico. 35 tahun kemudian, pihak berkuasa menemukannya di California. Akhbar The New York Times melaporkan bahawa, “Oleh sebab dia tertekan oleh kerja”, lalu dia melarikan diri.

Penyelamat yang Mengenali Kita

“Ayah, pukul berapa sekarang?” Anak saya bertanya dari tempat duduk belakang. “Ia sudah 5:30.” Seterusnya saya tahu apa yang akan dikatakannya. “Tidak, ia adalah 5:28!” Saya nampak mukanya berseri-seri. Aku main-main sahaja! Dia berkata dengan senyuman yang melebar. Saya berasa gembira juga—perasaan yang hanya datang daripada ibu bapa yang mengenal anaknya.