Setiap pagi saya bermula seperti menyertai sebuah pertandingan olahraga. Saya akan bangun dari katil dan memulakan tugasan yang saya senaraikan sepanjang hari. Bawa anak-anak ke sekolah. Semak . Pergi bekerja. Semak . Saya menulis secepat mungkin apa yang “perlu dilakukan”, tugasan peribadi dan profesional bercampur aduk seperti hamburan runtuhan salji.

“… 13. Mengedit rencana. 14. Bersihkan pejabat. 15. Perancangan strategik pasukan. 16. Tulis blog teknologi. 17. Bersihkan ruang bawah tanah. 18. Berdoa.”

Apabila tiba ke tugasan nombor 18, barulah saya menyedari bahawa saya memerlukan pertolongan Tuhan. Namun saya telah melakukan begitu banyak tugas sebelum saya sedar bahawa saya telah bertindak sendirian sepanjang hari, malah cuba mendapatkan daya ini atas usaha sendiri.

Yesus tahu. Dia tahu tugas-tugas harian kita akan bertembung antara satu sama lain, datang secara mendesak dan berterusan. Oleh itu Yesus memberi perintah ini, “Utamakanlah kerajaan Allah serta perbenaran-Nya; dan semuanya itu akan diberikan kepadamu (Matius 6:33).

Ini amat biasa untuk menganggap kata-kata Yesus sebagai perintah. Itu memang merupakan satu perintah. Namun kata-kata Yesus lebih daripada itu, ia merupakan satu peringatan. Dalam Matius 6, Yesus memperingatkan kita agar menggantikan segala kegelisahan dalam dunia ini (ayat 25-32) dengan mempercayai Tuhan hari demi hari. Dengan rahmat-Nya, Tuhan akan menolong kita dalam kehidupan harian kita—walaupun apabila kita tiba ke tugasan nombor 18 dalam senarai sebelum kita menyedari untuk melihat kehidupan kita dalam sudut pandangan-Nya.