Ketakutan yang Tidak Rasional
Setelah ibu bapa saya meninggal, saya takut mereka akan melupakan saya. Ini kedengaran tidak masuk akal. Sudah tentu mereka tidak lagi berada di bumi, tetapi keadaan itu meninggalkan ketidakpastian yang besar dalam hati saya. Pada masa itu saya masih muda, belum berkahwin dan tertanya-tanya bagaimana menjalani kehidupan tanpa mereka. Oleh sebab saya berasa sangat sunyi dan sendirian, saya mencari Tuhan.
Hadiah Istimewa
Seorang guru bernama Donelan suka membaca. Apa yang tidak disangka, tabiat membacanya telah mendatangkan ganjaran. Apabila dia sedang mengatur rancangan untuk melancong dan membaca polisi insurans pelancongan, dia menemukan sebuah hadiah istimewa pada halaman ketujuh. Dalam sebahagian pertandingan “Hadiah Membaca”, orang pertama yang membaca sampai kandungan polisi itu akan dihadiahkan $10,000. Syarikat insurans itu juga menyumbang beribu-ribu dolar kepada sekolah-sekolah di kawasan Donelan untuk memupuk tabiat membaca di kalangan kanak-kanak. Tabiat suka membaca Donelan tidak sia-sia. Dia berkata, “Saya selalunya kutu buku yang membaca kontrak. Tidak sangkanya saya dapat hadiah daripadanya!”
Kebaikan Manusia
Oleh sebab kekecewaan dan menghendaki sesuatu yang lebih bermakna dalam hidup, Leon meninggalkan kerjayanya di firma kewangan. Kemudian pada suatu hari, dia melihat seorang yang tiada tempat tinggal sedang memegang papan tanda dan berdiri di tepi jalan: KEBAIKAN IALAH UBAT YANG TERBAIK. Leon berkata, “Kata-kata itu telah meninggalkan kesan yang amat besar dalam hidup aku.”
Pandangan Dari Atas
Pada tahun 1970-an, penggunaan pengesan besi cuma dianggap sebagai hobi bagi Peter Welch yang masih pemuda. Namun sejak tahun 1990, dia telah memimpin ramai orang dari seluruh dunia membuat pengembaraan untuk mencari besi. Mereka telah mendapatkan ribuan penemuan—pedang, barang kemas kuno, syiling. Dengan menggunakan “Google Earth”, program komputer yang berdasarkan gambar satelit, mereka memerhatikan bentuk-bentuk dalam landskap tanah ladang di United Kingdom. Satelit akan menunjukkan kedudukan jalan raya, bangunan dan struktur-struktur lain yang mungkin wujud berabad-abad lamanya. Peter berkata, “Dengan ada pandangan dari atas, dunia yang baru ditemukan.”
Pilih Sukacita
Tangan Terbuka
Saydee dan keluarganya mempunyai falsafah “tangan terbuka dan rumah terbuka”. Orang dialu-alukan datang ke rumah mereka, “terutama mereka yang dalam kesusahan”, katanya. Dia dibesarkan dalam suasana keluarga sedemikian di Liberia, bersama 9 orang adik-beradiknya. Katanya, “Kami membesar sebagai sebuah komuniti. Kami saling mengasihi dan saling menjaga. Bapa saya mengajar kami untuk mengasihi, memperhatikan, dan melindungi antara satu sama lain”.
Dijaga
Beban yang Terlalu Berat
“Tuhan tidak akan membiarkan kamu dicubai lebih daripada yang dapat kamu tanggung,” kata seseorang kepada seorang bapa, ketika anak lelakinya yang berumur 5 tahun baru meninggal kerana penyakit kanser. Namun kata-kata ini yang sebenarnya ingin mendorong bapa itu sebaliknya menyebabkan dia berasa murung, kerana dia tertanya-tanya sebabnya dia tidak dapat menghadapi kehilangan anaknya dengan “baik”. Penderitaan ini begitu berat sehingga dia berasa susah untuk nafas. Dia tahu kesedihan ini hampir menelan dia, dan dia sangat memerlukan pelukan Tuhan.
Pukul Tikus Tanah
Anda mungkin dapat memahami keadaannya. Selepas menerima rawatan perubatan, bil-bil bayaran datang tanpa henti. Misalnya bil daripada pakar anesthesia, pakar bedah, ujian makmal dan perkhidmatan lain. Jason mengalami perkara ini selepas menjalani pembedahan kecemasan. Dia mengeluh, “Kami masih berhutang beribu-ribu dolar selepas insurans dituntut. Kalaulah sahaja semua bil ini dapat dibayar, maka hidup kami akan menjadi baik dan saya pun berasa puas! Saya seolah-olah sedang bermain permainan arked “Whack-a-Mole” (Pukul Tikus Tanah), yakni patung plastik akan muncul daripada lubang-lubang dan pemain harus memukulnya tanpa henti dengan sebatang palu plastik.