Sebagai seorang bos bagi perkhidmatan pembersihan rumah, Debbie harus sentiasa mencari lebih ramai pelanggan untuk perniagaannya. Dalam satu panggilan telefon, seorang wanita menjawab, “Saya tidak dapat membayar sekarang kerana saya sedang menjalani rawatan kanser.” Pada saat itu, Debbie memutuskan bahawa “perkhidmatan pembersihan rumah bagi wanita yang menjalani rawatan kanser tidak akan ditolak. Mereka akan ditawarkan perkhidmatan pembersihan rumah yang percuma untuk sekali.” Oleh itu, pada tahun 2005, dia menubuhkan sebuah organisasi bukan bermotifkan keuntungan bersama dengan beberapa buah syarikat lain untuk memberikan perkhidmatan pembersihan yang percuma kepada golongan wanita yang menghidapi kanser. Seorang wanita berasa sangat dihiburkan ketika pulang ke rumah yang bersih. Dia berkata, “Buat pertama kalinya, saya benar-benar percaya bahawa saya boleh mengalahkan kanser.”

Ketika kita dijaga dan disokong, ini dapat membantu kita menjadi teguh menghadapi cabaran. Kesedaran akan hadirat dan sokongan Tuhan terutamanya dapat memberikan harapan yang mendorong jiwa kita. Mazmur 46, mazmur kegemaran bagi ramai orang yang melalui ujian hidup, mengingatkan kita: “Allah Pelindung dan Pemberi kekuatan kepada kita,sentiasa sedia menolong pada waktu kesusahan” dan “Diamlah, dan ketahuilah Aku Allah; … Aku akan dimuliakan di bumi ini. TUHAN Yang Maha Kuasa menyertai kita” (ayat 1, 10-11, AVB).

Dengan mengingatkan diri kita akan janji-janji Tuhan dan hadirat-Nya, ini dapat memperbaharui hati kita dan memberi kita keberanian serta keyakinan untuk menghadapi kesukaran.