Penulis

Lihat semua
Bill Crowder

Bill Crowder

Bill Crowder menyertai Our Daily Bread Ministries lebih daripada 20 tahun sebagai pastor. Bill bekerja rapat dengan Mart DeHaan sebagai timbalan presiden bagi kandungan pengajaran. Selain itu, Bill menghabiskan kebanyakan masanya dalam pengajaran Alkitab bagi para pemimpin Kristian di seluruh dunia. Dia telah menulis banyak buku Siri Bimbingan dan menerbitkan beberapa buku dengan Discovery House Publishers. Bill dan isterinya, Marlene mempunyai lima orang anak dan beberapa orang cucu yang dia akan gembira untuk berkongsi khabar mereka dengan anda.

Artikel oleh Bill Crowder

Penyelamat Yang Kekal Hidup

Jeralean Talley meninggal dunia pada Jun 2015 sebagai seorang yang paling tua—berumur 116 tahun. Pada tahun 1995, bandar Yerusalem meraikan ulang tahunnya yang ke-3,000. 116 tahun dan 3,000 tahun masing-masing memang merupakan usia yang cukup tua bagi seseorang dan sebuah bandar, tetapi terdapat pokok-pokok yang hidup lebih tua lagi. Pokok pain bristlecone yang terletak di White Mountains, California, Amerika Syarikat difahamkan berusia lebih daripada 4,800 tahun. Usia pokok itu 800 tahun lebih tua daripada Abraham!

Harta Untuk Dikongsikan

Pada Mac 1974, apabila petani-petani Cina sedang menggali sebuah perigi, mereka mendapati satu penemuan yang mengejutkan. Tentera Terracotta tertimbus di bawah tanah gersang di negara China tengah—arca terracotta yang bersaiz manusia dianggarkan berusia dari abad ke-3 sm. Dalam penemuan luar biasa ini, juga diiringi penemuan 8,000 askar, 150 pasukan askar berkuda, dan 130 kereta kuda yang ditarik oleh 520 ekor kuda. Askar Terracotta telah menjadi salah satu tapak pelancongan yang terkemuka di China, menarik perhatian lebih daripada sejuta pengunjung setiap tahun. Harta yang mengagumkan ini telah tersembunyi berkurun- kurun tetapi kini telah dikongsikan kepada dunia ini.

Sumber Bekalan Kita

Pada bulan Ogos 2010, perhatian dunia tertumpu kepada corong sebuah lombong berhampiran Copiapó, Chile. 33 orang pelombong terhimpit dalam kegelapan kerana terperangkap sejauh 700 meter di bawah tanah. Mereka tidak tahu sama ada bantuan akan sampai. Selepas menunggu selama 17 hari, mereka mendengar bunyi gerudi. Para penyelamat menggerudi sebuah lubang kecil di siling corong lombong, dan diikuti tiga buah lubang lagi, untuk memasukkan saluran panjang bagi penghantaran air, makanan dan ubat-ubatan. Para pelombong yang terperangkap itu bergantung sepenuhnya pada saluran yang berhubung ke atas permukaan tanah, tempat yang semua keperluan bekalan telah disediakan oleh para penyelamat. Pada hari yang ke-69, akhirnya pelombong terakhir berjaya dibawa keluar ke permukaan atas.

Menurut Anda, Siapakah Yesus?

Dalam kebanyakan budaya, tindakan seperti meraung, meratap dengan kuat dan mengoyakkan pakaian merupakan cara yang diterima bagi seseorang menyatakan kesedihannya atau bencana negara yang besar. Bagi orang Israel dalam Perjanjian Lama, tindakan yang sama itu dilakukan untuk menyatakan ratapan yang amat dalam serta pertaubatan kerana mereka telah meninggalkan Tuhan.

Apakah Nilai Anda?

“Pembina Koboi” adalah istilah yang digunakan oleh ramai pemilik rumah di Britain untuk menggambarkan pekerja yang melakukan kerja pembinaan dengan tidak bagus. Istilah ini dipakai dengan perasaan takut atau kesal, selalunya disebabkan oleh pengalaman buruk.

Matlamat Baharu

Evie merupakan salah satu anggota antara 25 orang remaja koir sekolah menengah pergi ke Jamaica untuk menyanyi, bersaksi dan menunjukkan kasih Tuhan kepada orang yang berasal daripada budaya dan generasi yang berbeza. Bagi Evie pula, mengikuti rombongan seperti itu adalah sangat bermakna dan penuh dengan sukacita.

Perjalanan Hidup Anda

Saya membesar dalam era 1960-an yang suka melawan dan pernah meninggalkan kepercayaan Kristian. Saya telah menghadiri gereja sejak kecil tetapi saya tidak percaya kepada Yesus, sehinggalah saya mengalami kemalangan yang teruk pada umur awal dua puluhan. Sejak itu, saya telah mengisi zaman dewasa saya dengan memberitakan kasih Yesus kepada orang lain. Inilah perjalanan hidup saya.

Membebaskan Orang Tawanan

Ketika saya dan isteri melawat Muzium Kebangsaan Tentera Udara Mighty Eighth berhampiran bandar Savannah, Georgia, Amerika, kami sungguh terharu terutamanya dengan barang-barang pameran tawanan perang, berserta ubah suai semula berek kem tawanan perang Jerman. Bapa Marlene, Jim, berkhidmat dalam Tentera Udara Kelapan untuk Amerika, yang dipanggil “Mighty Eighth.” Mereka menerbangkan pesawat yang membawa anggota tentera ke seluruh Eropah ketika Perang Dunia II. Semasa perang tersebut,Tentera Udara Kelapan telah mengalami 47,000 jumlah kecederaan dan lebih daripada 26,000 jumlah kematian. Jim merupakan salah seorang daripada mereka yang ditembak jatuh dan ditahan sebagai tawanan perang. Sementara kami berjalan melalui pameran itu, kami teringat kembali tentang apa yang dikatakan oleh Jim mengenai kegembiraan penuh yang dirasainya bersama rakan-rakan tawanan perang yang lain pada hari mereka dibebaskan.

Cubaan Berapi

Saya terlalu fokus dalam membaca sebuah buku sehingga kawan saya tunduk ke arah saya untuk melihat apa yang sedang saya baca. Hampir serta-merta, dia tersentak dan memandang saya dengan terkejut. “Sedihnya tajuk buku itu!” dia berkata. Masa itu saya sedang membaca “The Glass Coffin” (Keranda Kaca) dalam buku Grimm’s Fairy Tales (Cerita Dongeng Grimm), perkataan keranda telah membuat dia gelisah. Kebanyakan kita tidak suka diingatkan tentang kematian. Akan tetapi, hakikatnya, antara 1,000 orang, 1,000 orang akan mati.