Apa Yang Paling Penting
Semakin umur Yohanes, murid yang disayangi Yesus melanjut, ajarannya menjadi semakin pendek, dan berfokuskan kasih Tuhan dalam ketiga-tiga suratnya. Dalam bukunya Knowing the Truth of God’s Love (Mengenal Kebenaran tentang Kasih Tuhan), Peter Kreeft memetik suatu legenda yang mengisahkan bahawa salah seorang murid muda Yohanes datang kepadanya dengan keluhan, “Mengapakah anda tidak bercakap tentang perkara lain? Yohanes menjawab, “Kerana tidak ada perkara lain untuk dikatakan.”
Benar-Benar Bebas
Olaudah Equiano (kira-kira tahun 1745-1796) baru berusia 11 tahun ketika dia diculik dan dijual sebagai hamba. Perjalanan hidupnya yang mengerikan bermula dari Afrika Barat ke Hindia Barat, kemudian ke tanah jajahan Virginia, dan akhirnya ke England. Pada usia 20 tahun, dia telah membeli kebebasannya sendiri, namun pengalaman tersebut telah meninggalkan parut yang dalam dari segi emosi dan fizikal kerana dia pernah mengalami layanan yang tidak berperikemanusiaan.
Apabila Kita Tidak Mengerti
Walaupun saya bergantung kepada teknologi setiap hari untuk menyiapkan tugas saya, namun saya tidak berapa faham tentang fungsinya. Saya menghidupkan komputer saya, memilih dokumen Word, dan memulakan kerja penulisan saya. Namun ketidakfahaman saya dalam fungsi mikrocip, cakera keras, sambungan Wi-Fi, dan skrin paparan penuh warna tidak menghalang saya menikmati kebaikan yang dibawa oleh teknologi.
Perlawanan Ujian
Ujian dalam perlawanan kriket amat memenatkan. Setiap pemain harus bersaing dari pukul 11 pagi hingga 6 petang, dan para pemain hanya dapat berehat pada waktu makan tengah hari serta waktu minum, tetapi perlawanan ini boleh berlangsung selama lima hari. Ia merupakan satu ujian ketahanan serta kehandalan bagi seseorang pemain.
Di Luar Jangkaan
Pada waktu pertengahan hari musim panas, semasa isteri saya dan saya melancong ke Amerika Selatan, kami berhenti untuk membeli aiskrim. Pada dinding di belakang kaunter, kami melihat satu papan tanda yang tertulis, “Dilarang Menaiki Kereta Salji.” Jenaka ini amat lucu dan di luar jangkaan dalam cuaca yang begitu panas.
Langkah Yang Kukuh
Persiaran sungai bersejarah di Savannah, Georgia, Amerika Syarikat diturapi dengan beraneka jenis batu-batu buntar. Penduduk-penduduk tempatan menceritakan bahawa beberapa abad yang lalu, batu-batu itu menjadi balast untuk kapal yang berlayar melintasi lautan Atlantik. Apabila barangan dimuatkan di Georgia, batu buntar tidak lagi diperlukan, maka ia digunakan untuk menurap jalan-jalan yang berdekatan dengan pelabuhan. Batu-batu itu telah melaksanakan tugas utama, iaitu menstabilkan kapal di lautan yang bergelora.
Apa Yang Benar-Benar Penting
Dua rakan sekerja duduk sambil menilai lawatan bisnes mereka dan hasilnya. Salah seorang berkata bahawa urusan mereka itu berhasil kerana mereka dapat menjalinkan persahabatan baru dengan kenalan perniagaan mereka. Seorang lagi berkata, “Hubungan itu baik tetapi yang paling penting ialah hasil jualan.” Dengan jelasnya agenda mereka amat berbeza.
Tempat Kediaman Tuhan
James Oglethorpe (1696–1785) merupakan jeneral British dan ahli Parlimen yang mempunyai visi untuk menjadikan bandarnya sebagai bandar yang hebat. Ketika dia ditugaskan untuk membentuk bandar Georgia di Amerika Utara, dia merancang bandar Savannah mengikut visi tersebut. Dia mereka bentuk beberapa siri petak, setiap satunya mempunyai ruang hijau dan tempat khas untuk gereja dan kedai-kedai, dan ruangan lain dikhususkan untuk perumahan. Idea Oglethorpe yang berwawasan pada masa itu dapat dilihat pada hari ini melalui sebuah bandar yang cantik dan terurus baik, malah dianggap sebagai permata di Amerika Selatan.
Memahami Kebenaran
Saya gemar melawat muzium seperti Galeri Nasional di London dan Galeri Tretyakov di Moscow. Kebanyakan karya seninya sangat mengagumkan, tetapi ada juga yang membingungkan saya. Saya melihat warna-warna yang dipercikkan tanpa corak tertentu pada suatu kanvas dan saya sedar bahawa saya tidak tahu apa yang sedang saya lihat—walaupun karya tersebut dihasilkan oleh pakar seniman.