Gadis Yang Melambai
Pada akhir 1800-an dan awal 1900-an, pandangan yang biasa menyambut kapal-kapal laut sementara masuk ke pelabuhan Savannah, Georgia, Amerika Syarikat. Pandangan itu ialah Florence Martus, “The Waving Girl” (Gadis yang melambai). Selama 44 tahun, Florence menyambut kapal-kapal besar dari seluruh dunia, melambai sehelai sapu tangan pada siang hari atau sebuah lantera pada waktu malam. Pada masa ini, sebuah patung Florence dan anjingnya yang setia berdiri di Morrell Park Savannah, tetap menyambut kapal-kapal yang datang berlabuh.
Tidak Dapat Diduga
Dalam perlawanan golf Wanita Amerika Syarikat Terbuka 2003, Hilary Lunke yang kurang dikenali mendapat hadiah terbesar dalam golf wanita—dan suatu tempat dalam sejarah. Bukan sahaja dia memenangi piala Amerika Syarikat Terbuka dalam perlawanan penentuan 18-lubang, tetapi ia juga satu-satunya kemenangan profesionalnya. Kemenangannya yang mengejutkan dan memberi inspirasi menekankan hakikat bahawa salah satu perkara yang paling menarik mengenai sukan adalah ia tidak dapat diduga.
Dia Menemui Saya
Cerita dalam filem Amazing Grace (Sangat Besar Anugerah-Mu) berlaku pada penghujung tahun 1700-an. Ceritanya berkisah tentang William Wilberforce, seorang ahli politik yang menyumbangkan wang dan tenaganya untuk menghapuskan perhambaan di negara England, kerana dia didorong oleh imannya dalam Kristus. Dalam satu babak filem itu, ketua pembantu rumah Wilberforce mendapati dia sedang berdoa. Maka dia bertanya, “Adakah Tuan menemui Tuhan?” Wilberforce menjawab, “Saya fikir Tuhan yang telah menemui saya.”
Nama yang Diberi
Kebanyakan keluarga mempunyai kisah keluarga mereka sendiri. Salah satu kisah dalam keluarga saya adalah mengenai cara saya mendapatkan nama. Ketika ibu bapa saya baru berkahwin, mereka tidak bersetuju dalam hal menamakan anak lelaki sulung mereka. Ibu saya hendak menamakan anak lelakinya sempena nama bapa saya, tetapi bapa saya pula tidak suka nama anak lelakinya disertakan “Junior” (yang bermaksud “lebih muda”). Selepas lama berbincang, mereka pun memutuskan bahawa jika anak lelaki sulung mereka lahir pada hari jadi bapa saya, maka dia diberikan nama sempena nama bapa. Sungguh mengagumkan, saya dilahirkan pada hari jadi bapa saya. Jadi nama saya pun ditambahkan “Junior” sempena nama bapa saya.
Kegelapan dan Cahaya
Semasa saya kecil, saya bekerja sebagai penghantar surat khabar ke kira-kira 140 buah rumah di dua batang jalan yang bersambung dengan sebuah tanah perkuburan. Kerana saya menghantar surat khabar pada awal pagi, maka saya terpaksa keluar seawal pukul 3.00 pagi dan berjalan melalui perkuburan itu semasa hari masih malam. Kadang-kadang saya berasa sangat takut sehingga saya berlari! Saya berasa takut sehingga saya pergi berdiri di bawah cahaya lampu di sebelah jalan dengan rasa aman. Perasaan takut terhadap kegelapan telah dilenyapkan oleh cahaya.
Bapa Yang Penyayang
Ibu bapa itu memang kelihatan keletihan sekali kerana mereka harus mengheret dua orang anak mereka yang kecil dan bertenaga ke lapangan terbang dan kemudian menaiki kapal terbang. Namun sekarang penerbangan terakhir mereka ditunda. Sementara saya memerhatikan dua orang anak itu berlari-lari di kawasan pintu yang sesak, saya tertanya-tanya bagaimana Si ibu dan Si ayah dapat menenangkan kanak-kanak mereka dalam penerbangan kami selama setengah jam pergi ke Grand Rapids nanti. Akhirnya ketika kami menaiki kapal terbang, saya mendapati bahawa bapa itu dan salah seorang anaknya duduk di belakang saya. Kemudian saya mendengar bapa yang keletihan itu berkata kepada anaknya, “Biarlah ayah bacakan buku cerita untuk kamu.” Sepanjang penerbangan itu, bapa yang penyayang itu telah membacakan buku cerita kepada anaknya dengan lembut dan sabar, dan anaknya duduk diam dan memberikan tumpuan.
Yang Tidak Diduga
Fanny Kemble ialah seorang pelakon British yang berpindah ke Amerika pada awal tahun 1800-an dan berkahwin dengan seorang pemilik ladang yang bernama Pierce Butler. Fanny menikmati kehidupan yang dibiayai oleh kekayaan ladang itu, sehingga dia melihat biayaan kemewahan itu—biayaan yang dibayar oleh hamba-hamba yang bekerja di ladang suaminya
Cahaya Dalam Kegelapan
Semasa saya melancong ke Peru, saya telah melawat salah sebuah gua yang terdapat di seluruh negara yang bergunung-ganang itu. Pemandu pelancongan kami memberitahu bahawa gua tertentu ini telah dijelajahi sedalam 15 kilometer–malah ia jauh lebih dalam lagi. Kami melihat kelawar-kelawar yang amat menarik, burung-burung nokturnal (yang aktif pada waktu malam) dan pembentukan batu yang menarik. Bagaimanapun, tidak lama kemudian, kegelapan gua itu menjadi menggentarkan—hampir melemaskan. Saya berasa amat lega ketika kami kembali ke atas permukaan tanah dan melihat sinaran cahaya matahari semula.
Ditandai Oleh Nama-Nya
Pada bulan Julai 1860, sekolah jururawat pertama di dunia dibuka di Hospital St Thomas, London. Hari ini sekolah itu merupakan sebahagian daripada King’s College, tempat yang para pelajar kejururawatan dipanggil sebagai Nightingale. Sekolah itu—seperti kejururawatan moden—ditubuhkan oleh Florence Nightingale, yang merevolusikan bidang kejururawatan semasa Perang Crimean. Apabila bakal jururawat menamatkan latihan, mereka akan membaca “Ikrar Nightingale,” satu refleksi tentang pengaruh Nightingale yang berterusan bagi kejururawatan.