Penulis

Lihat semua
David C. McCasland

David C. McCasland

David McCasland mula menulis bagi Our Daily Bread pada tahun 1995. Dia juga bekerjasama dengan televisyen Day of Discovery untuk menghasilkan video yang menceritakan kisah-kisah orang Kristian yang memberikan inspirasi. Buku-bukunya, Oswald Chambers: Abandoned to God dan Eric Liddell: Pure Gold diterbitkan oleh Discovery House Publishers. David dan isterinya, Luann tinggal di Colorado Springs, Colorado. Mereka mempunyai empat orang anak perempuan dan enam orang anak cucu.

Artikel oleh David C. McCasland

Penggambaran Sudut Luas

Semasa liputan televisyen untuk upacara pelantikan presiden Amerika Syarikat yang berbangsa Afrika yang pertama, kamera memaparkan pemandangan panoramik untuk kumpulan orang ramai yang mencecah dua juta orang, yang berkumpul untuk menyaksikan acara yang bersejarah ini. Bob Schieffer yang merupakan wartawan CBS News berkata, “Bintang bagi upacara ini merupakan syot sudut luas, iaitu kamera yang dapat menangkap seluruh keadaan di situ.” Tiada peralatan lain yang dapat menangkap gambaran perhimpunan orang ramai yang terbentang dari Memorial Lincoln sehingga ke Capitol.

Renungan

Ketika Oswald Chambers mengajar di Kolej Latihan Alkitab di London (1911-1915), dia sering memeranjatkan pelajar-pelajar dengan perkara-perkara yang dikatakan dalam kuliahnya. Seorang wanita muda menjelaskan bahawa masa perbincangan dikhaskan untuk waktu makan bersama, Chambers kerapnya akan dihujani dengan soalan-soalan dan bantahan-bantahan. Dia mengingat bahawa Oswald sering hanya bersenyum dan berkata, “Biarkan soalan-soalan ini sekarang; anda akan mendapat jawapannya kemudian.” Dia menggalakkan mereka merenungkan isu-isu itu dan membenarkan Tuhan mendedahkan kebenaran-Nya kepada mereka.

Memilih Jalan Itu

Saya mempunyai gambar musim luruh yang indah tentang seorang lelaki muda menunggang kuda di pergunungan Colorado, ketika dia menimbang jalan yang mana untuk diikut. Ini mengingatkan saya tentang puisi Robert Frost “The Road Not Taken” (Jalan yang Tidak Diambil). Frost merenungkan dua laluan yang terletak di hadapannya. Kedua-duanya agak menarik, tetapi dia meragui dia akan kembali ke tempat ini lagi, jadi dia mesti memilih satu jalan. Frost menulis, “Dua jalan menyimpang di hutan, dan saya—saya mengambil jalan yang kurang dilintasi, dan itu telah membawa banyak perbezaan.”

Dia Tahu Nama Kita

Ketika melawat Muzium Memorial 11 September di Bandar Raya New York , saya dengan cepat menangkap gambar salah sebuah kolam pembayang . Di sekitar dua buah kolam ini, hampir 3,000 nama orang yang terkorban dalam serangan Pusat Dagangan Dunia telah diukir pada panel gangsa. Kemudian, semasa saya melihat dengan lebih dekat tentang foto itu, perhatian saya tertarik kepada seorang wanita yang sedang menyentuh satu nama pada panel itu. Ramai orang datang ke situ untuk menyentuh satu nama dan memperingati orang kesayangan mereka yang telah meninggal dunia.

Kasih Tanpa Batas

Seorang rakan yang bijak menasihati saya supaya jangan menggunakan perkataan “anda sentiasa” atau “anda tidak pernah” dalam pertengkaran—terutamanya dengan keluarga saya. Sungguh mudah untuk mengkritik orang lain di sekeliling kita dan menunjukkan perasaan tidak berpuas hati terhadap orang yang kita sayangi. Tetapi tidak pernah ada perubahan dalam kasih Tuhan yang kekal untuk semua kita.

Hidup Beriman

Semasa bermalam di sebuah hotel di Austin, Texas, saya ternampak sekeping kad di atas meja di bilik saya. Kad itu tertulis:

Mengucap Syukur

Untuk bertahun-tahun lamanya, saya suka membaca penulisan G. K. Chesterton, seorang penulis Britain. Kelucuan dan wawasannya sering membuat saya tertawa dan berhenti sejenak untuk membuat renungan. Contohnya dia menulis, “Kamu mengucap syukur sebelum makan. Bagus. Tetapi saya mengucap syukur sebelum pertunjukan pentas, sebelum konsert, dan sebelum membuka sebuah buku dan sebelum melukis, berenang, bertinju, berjalan, bermain, menari; dan sebelum saya mencelup pen ke dalam dakwat.

Doa untuk Pengampunan

Pada tahun 1960, Ruby Bridges yang berumur enam tahun menjadi anak berbangsa Afrika-Amerika pertama yang dimasukkan ke sekolah rendah untuk anak-anak berkulit putih di bahagian selatan Amerika Syarikat. Setiap hari selama beberapa bulan, polis persekutuan mengiringi Ruby melewati sekumpulan ibu bapa yang marah, melemparkan kutukan, ancaman dan hinaan kepadanya. Setelah Ruby masuk ke sekolah dengan selamat, dia duduk bersendirian dengan Barbara Henry, satu-satunya guru yang rela mengajarnya, sementara ibu bapa lain melarang anak-anak mereka menghadiri sekolah itu bersama Ruby.

Negeri yang Terbentang Jauh

Amy Carmichael (1867-1951), terkenal dengan usahanya yang menyelamatkan anak perempuan yang yatim piatu di India dan memberikan mereka hidup yang baru. Di tengah-tengah kerja yang memenatkan ini, Amy menggelar masa-masa yang mencabar itu sebagai “detik visi.” Dalam bukunya Gold by Moonlight, dia menulis, “Di tengah-tengah hari yang sibuk, kami diberikan seakan-akan sekilas pandang tentang ‘negeri yang terbentang jauh’, dan kami berdiri dengan diam, terpegun di jalan raya.”