Seruan Hikmah
Malcolm Muggeridge, seorang wartawan dan pengkritik sosial British yang ternama, percaya kepada Tuhan pada umur enam puluh tahun. Pada hari jadinya yang ketujuh puluh lima tahun, dia memberikan dua puluh lima pemerhatiannya yang bernas mengenai kehidupan. Salah satu pemerhatiannya berkata, “Saya tidak pernah melihat seorang yang kaya berasa gembira, tetapi saya jarang menemui seseorang miskin yang tidak mahu menjadi seorang yang kaya.”
Seni Pengampunan
Pada suatu petang, saya menghabiskan dua jam di pameran seni yang bertema Bapa & Dua Anak Lelakinya: Seni Pengampunan—setiap karya pameran berpusatkan perumpamaan Yesus tentang anak yang hilang (lihat Lukas 15:11–31). Saya mendapati bahawa lukisan terutamanya karya Edward Riojas, Anak yang Hilang memberikan impak besar kepada saya. Lukisan tersebut menggambarkan bahawa anak yang hilang itu sedang pulang ke rumah dengan pakaian yang tidak kemas, kotor serta berjalan sambil menundukkan kepala. Dengan meninggalkan alam kematian di belakangnya, dia melangkah masuk ke jalan yang bapanya sudah berlari ke arahnya. Di bahagian bawah lukisan itu tertera kata-kata Yesus, “Semasa dia masih jauh lagi, bapanya nampak dia. Hatinya penuh dengan belas kasihan” (ayat 20).
Kuasa Teladan
Apabila saya cuba membaiki mana-mana peralatan di rumah saya, saya terpaksa membayar orang lain untuk membaiki kerosakan yang telah saya lakukan ketika cuba membaiki kerosakan yang sebenar. Tetapi baru-baru ini saya berjaya membaiki suatu peralatan rumah dengan berpandukan video YouTube yang menunjukkan langkah demi langkah cara membaikinya.
Menyokong Satu Sama Lain
Mengapakah setiap tahun lebih daripada 500 juta orang sanggup membayar untuk berlari beberapa kilometer jauh disertai jalan berhalangan, yang termasuklah mendaki dinding tegak, mengharungi lumpur, menaiki paip tegak sambil disirami air? Ada yang berpendapat ini sebagai cabaran peribadi untuk melihat setakat mana mereka boleh tahan atau mengalahkan ketakutan dalam diri. Bagi orang lain, tarikannya adalah kerja berpasukan, iaitu para pesaing menghulurkan bantuan dan menyokong satu sama lain. Ada orang menyebutnya sebagai “zon tidak pandang rupa” bahawa orang yang tidak dikenali akan memberikan pertolongan kepada orang lain untuk menamatkan perlumbaan (Stephanie Kanowitz, The Washington Post).
Asas Yang Pasti
Selama bertahun-tahun, orang di bandar kami membina dan membeli rumah di kawasan yang mudah terdedah kepada tanah runtuh. Ada yang tahu tentang risiko tanah yang tidak stabil, sementara yang lain tidak diberitahu. “Amaran selama 40 tahun daripada pakar geologi dan peraturan bandar dibuat untuk memastikan pembinaan rumah yang selamat” tidak difahami atau diabaikan (The Gazette, Colorado Springs, 27 April 2016). Pemandangan dari kebanyakan rumah tersebut sangat indah dan mengagumkan, tetapi bencana di bawah tanah rumah-rumah itu akan tercetus pada bila-bila masa.
Masalah Keangkuhan
Orang yang mencapai tahap kemasyhuran atau reputasi yang luar biasa semasa mereka masih hidup sering disebut “legenda dalam masa mereka.” Seorang kawan yang bermain besbol secara profesional mengatakan dia bertemu dengan ramai orang di dunia sukan yang hanya “legenda dalam fikiran mereka sendiri.” Kebanggaan memutarbelitkan cara kita melihat diri kita, sementara kerendahan hati menawarkan perspektif yang realistik.
Kerja yang Tidak Akan Terbakar
Api akan menguji dan menentukan mutu kerja setiap orang. 1 Korintus 3:13
Bapa mentua saya melibatkan diri dalam bidang kesihatan awam untuk membantu orang selama 30 tahun. Apabila dia kembali ke syurga pada usia 76 tahun, dia meninggalkan sebuah stor kecil yang penuh dengan fail dan dinding yang digantung penuh dengan anugerah.
Apabila sampai masanya bagi…
Seperti Kanak-Kanak Kecil
Pada suatu malam beberapa tahun yang lalu, setelah berdoa bersama dengan anak perempuan kami yang berumur dua tahun, isteri saya dikejutkan oleh satu soalan. “Mama, di manakah Yesus?”
Menangani Kelewatan
Kegagalan sistem komputer global menyebabkan banyak penerbangan yang terbatal, sehingga beratus-ratus ribu penumpang terkandas di lapangan terbang. Semasa ribut musim sejuk, beberapa kemalangan kenderaan juga menyebabkan lebuh raya utama ditutup. Orang yang berjanji untuk memberi jawapan “dengan segera” telah gagal melakukannya. Penangguhan sering boleh menimbulkan kemarahan dan kekecewaan, tetapi sebagai pengikut Yesus, kita diberi anugerah untuk mencari pertolongan daripada-Nya.