Penulis

Lihat semua
David C. McCasland

David C. McCasland

David McCasland mula menulis bagi Our Daily Bread pada tahun 1995. Dia juga bekerjasama dengan televisyen Day of Discovery untuk menghasilkan video yang menceritakan kisah-kisah orang Kristian yang memberikan inspirasi. Buku-bukunya, Oswald Chambers: Abandoned to God dan Eric Liddell: Pure Gold diterbitkan oleh Discovery House Publishers. David dan isterinya, Luann tinggal di Colorado Springs, Colorado. Mereka mempunyai empat orang anak perempuan dan enam orang anak cucu.

Artikel oleh David C. McCasland

Tenanglah

“Kita telah mencipta lebih banyak maklumat dalam lima tahun kebelakangan ini berbanding seluruh sejarah manusia sebelumnya, dan ia masih memberikan impak kepada kita pada setiap waktu” (Daniel Levitin, penulis buku, The Organized Mind: Thinking Straight in the Age of Information Overload). “Dari satu segi,” kata Levitin, “kita menjadi ketagih kepada rangsangan yang keterlaluan.” Kawalan yang rendah terhadap berita dan pengetahuan yang tidak putus-putus boleh menguasai minda kita. Dalam persekitaran hari ini yang menenggelami kita dengan maklumat media secara berlebihan, kesukaran bagi mencari masa untuk berdiam diri, berfikir dan berdoa semakin meningkat.

Tersedia Bagi Semua

Dalam budaya obsesi terhadap selebriti pada hari ini, bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila para usahawan memasarkan “selebriti sebagai produk … yang membenarkan mereka menjual masa dan perhatian peribadi selebriti.” Artikel Vauhini Vara dalam surat khabar The New Yorker menuliskan bahawa dengan membayar $15,000 (sekitar RM67,500), anda boleh mengadakan perjumpaan secara peribadi dengan penyanyi Shakira, sementara $12,000 (sekitar RM54,000) akan membenarkan anda makan tengah hari dengan chef selebriti Michael Chiarello di estet peribadinya, bersama dengan sebelas orang tetamu lain.

Menunjukkan Rahmat Tuhan

Kejuaraan Golf Masters Amerika Syarikat telah bermula pada tahun 1934, dan sejak itu hanya ada tiga pemain yang berjaya memenanginya selama dua tahun berturut-turut. Pada 10 April 2016, nampaknya Jordan Spieth yang baru berusia 22 tahun akan menjadi pemain keempat yang akan memenangi kejuaraan tersebut untuk dua tahun berturut-turut. Tetapi ketika permainan berbaki sembilan lubang, prestasinya merosot dan akhirnya dia menduduki tangga kedua. Walaupun dia menghadapi kekalahan yang mengecewakan itu, Spieth menunjukkan baik budi kepada Danny Willett, iaitu juara hari itu dengan memberikan ucapan tahniah atas kemenangannya dan kelahiran anak pertamanya, sesuatu yang “lebih berharga daripada kejuaraan dalam golf.”

Semua Generasi

Ibu bapa saya berkahwin pada tahun 1933 semasa Zaman Meleset. Isteri saya dan saya pula dilahirkan selepas Perang Dunia II, pada zaman yang mempunyai kadar kelahiran yang paling tinggi. Empat orang anak perempuan kami, lahir pada tahun 70-an dan 80-an, pula merupakan Generasi X dan Y. Oleh sebab kami membesar dalam masa yang berlainan, tidak hairanlah kami mempunyai pendapat yang berbeza tentang banyak perkara!

Apa Yang Kita Bawa Balik

John F. Burns menghabiskan empat puluh tahun melaporkan peristiwa-peristiwa dunia untuk majalah The New York Times. Dalam sebuah artikel yang ditulis selepas persaraannya pada tahun 2015, Burns teringat akan kata-kata seorang kawan rapat, iaitu seorang wartawan sekerjanya yang telah mati kerana penyakit kanser. “Jangan sekali-kali lupa,” rakannya berkata, “Yang penting bukan sejauh mana anda telah mengembara; melainkan apa yang anda telah bawa kembali.”

Melebihi Label

Sebuah gereja di kota saya mempunyai kad aluan pelawat yang unik yang menyatakan kasih dan anugerah Tuhan untuk semua orang. Perkataan yang tertulisnya, “Jika Anda Adalah ... orang salih, orang berdosa, orang yang kalah, pemenang”—diikuti dengan banyak istilah lain yang menggambarkan orang yang sedang bergelut—”penagih alkohol, munafik, penipu, penakut, orang yang kekok ... Anda dialu-alukan di sini.” Salah seorang pastor gereja itu memberitahu saya, “Kami membaca kad ini dengan kuat bersama-sama dalam kebaktian kami setiap hari Ahad.”

Bolehkah Saya Mengatakan Itu?

Persepsi pilih kasih adalah salah satu faktor terbesar persaingan antara adik-beradik,” menurut temu bual Dr. Barbara Howard, seorang pakar perkembangan tingkah laku kanak-kanak bagi artikel dalam talian, When Parents Have a Favorite Child” di nytimes.com. Yusuf dalam Perjanjian Lama merupakan salah satu contohnya. Dia merupakan anak kesayangan bapanya, hal ini menjadikan abang-abangnya marah (Kejadian 37:3-4). Oleh itu, mereka menjual Yusuf kepada beberapa saudagar keliling yang dalam perjalanan ke Mesir dan menipu seolah-olah dia telah dibunuh oleh binatang liar (37:12-36). Impiannya hancur dan masa depannya kelihatan gelap.

Memainkan Muzik Dalam Konsert

Sewaktu pancaragam konsert cucu perempuan kami dilangsungkan di sekolahnya, saya berasa kagum dengan budak-budak berumur 11-12 tahun ini yang bermain muzik bersama dengan begitu baik. Sekiranya setiap seorang daripada pancaragam itu ingin menjadi pemain solo, maka mereka tidak mungkin dapat mencapai persembahan yang baik secara individu berbanding dengan persembahan secara berkumpulan. Alat-alat muzik tiupan kayu dan loyang serta alat genderang memainkan peranan masing-masing dan hasilnya adalah muzik yang merdu sekali!

Irama Rahmat Tuhan

Seorang kawan saya dan isterinya yang sekarang dalam lingkungan umur awal 90-an serta sudah berkahwin selama enam puluh enam tahun. Mereka telah menulis sejarah keluarga untuk anak-anak, cucu dan keturunan mereka yang akan datang. Dalam bab terakhir yang berjudul, “Surat daripada Ibu dan Bapa,” mereka memasukkan pelajaran penting tentang kehidupan yang telah dipelajari mereka. Ini menjadikan saya menilai kehidupan saya: “Jika kamu mendapati bahawa kehidupan Kristian itu memenatkan serta menghauskan tenaga kamu, itu bermaksud bahawa kamu sedang mengamalkan satu agama dan bukannya menikmati satu hubungan dengan Yesus Kristus. Perjalanan kamu bersama dengan Tuhan tidak akan memenatkan kamu; ia akan menyegarkan, memulihkan kekuatan, serta memperkasakan hidup kamu” (Matius 11:28-29).