John F. Burns menghabiskan empat puluh tahun melaporkan peristiwa-peristiwa dunia untuk majalah The New York Times. Dalam sebuah artikel yang ditulis selepas persaraannya pada tahun 2015, Burns teringat akan kata-kata seorang kawan rapat, iaitu seorang wartawan sekerjanya yang telah mati kerana penyakit kanser. “Jangan sekali-kali lupa,” rakannya berkata, “Yang penting bukan sejauh mana anda telah mengembara; melainkan apa yang anda telah bawa kembali.

Mazmur 37 boleh dianggap sebagai senarai Daud tentang apa yang telah “dibawa kembali” sepanjang perjalanan kehidupannya, mula-mula sebagai seorang gembala, kemudian askar dan akhirnya seorang raja. Mazmur ini merupakan satu siri syair kontras orang jahat dengan orang benar, dan meyakinkan orang yang percaya kepada Tuhan.

“Jangan gusar kerana orang melakukan kejahatan dan jangan iri hati kepada orang yang melakukan kedurjanaan; kerana tidak lama lagi mereka akan ditebas seperti rumput, dan layu seperti layunya tumbuhan hijau” (ayat 1-2).

“Langkah seorang yang baik diperintahkan oleh TUHAN, dan Dia meredai jalan yang dilaluinya; kalaupun orang itu tergelincir, dia tidak akan rebah, kerana TUHAN menyokongnya dengan tangan-Nya” (ayat 23-24).

“Dari usia muda hingga tua sekarang, tidak pernah kulihat orang benar diabaikan TUHAN atau anak cucunya mengemis untuk makan” (ayat 25).

Daripada pengalaman hidup kita, apakah yang telah diajarkan Tuhan kepada kita? Bagaimanakah kita mengalami kesetiaan dan kasih-Nya? Bagaimanakah kasih Tuhan telah membentuk kehidupan kita?

Yang penting bukan sejauh mana anda telah mengembara; melainkan apa yang anda telah bawa kembali.