“Komuniti” merupakan tempat seseorang yang anda tidak ingin hidup bersama sentiasa berada , kata Henri Nouwen. Sering kali kita bergaul dengan orang yang kita paling ingin hidup bersama, ini sebenarnya membentuk kelab atau puak, bukan komuniti. Sesiapa sahaja boleh membentuk kelab; namun ia memerlukan rahmat, wawasan bersama, dan kerja keras untuk membina sebuah komuniti.

Gereja Kristian merupakan institusi pertama dalam sejarah yang mewujudkan kedudukan sama rata antara orang Yahudi dan bangsa-bangsa lain, lelaki dan wanita, hamba dan orang bebas. Rasul Paulus telah bertutur dengan mahir tentang “rahsia itu, yang dari permulaan zaman telah terselindung dalam hati Allah.” Dengan membentuk komuniti yang terdiri daripada pelbagai anggota, Paulus berkata kita mempunyai peluang untuk menarik perhatian dunia, bahkan ”segala pemerintah dan kuasa di syurga” (Efesus 3:9-10).

Dalam beberapa aspek, sedihnya gereja tidak berjaya untuk memainkan peranan ini. Namun, gereja merupakan satu-satunya tempat yang menyatukan pelbagai generasi: bayi yang masih di pangkuan ibunya, kanak-kanak yang menggeliat dan ketawa pada setiap masa, orang dewasa yang tahu bertindak sewajarnya pada setiap masa, dan mereka yang terlelap ketika pengkhutbah berkhutbah terlalu lama.

Jika kita mahu komuniti kita mengalami kehidupan seperti yang ditawarkan oleh Tuhan kepada kita, kita mempunyai sebab untuk bergaul dengan orang yang “bukan seperti kita.”