Kejuaraan Golf Masters Amerika Syarikat telah bermula pada tahun 1934, dan sejak itu hanya ada tiga pemain yang berjaya memenanginya selama dua tahun berturut-turut. Pada 10 April 2016, nampaknya Jordan Spieth yang baru berusia 22 tahun akan menjadi pemain keempat yang akan memenangi kejuaraan tersebut untuk dua tahun berturut-turut. Tetapi ketika permainan berbaki sembilan lubang, prestasinya merosot dan akhirnya dia menduduki tangga kedua. Walaupun dia menghadapi kekalahan yang mengecewakan itu, Spieth menunjukkan baik budi kepada Danny Willett, iaitu juara hari itu dengan memberikan ucapan tahniah atas kemenangannya dan kelahiran anak pertamanya, sesuatu yang “lebih berharga daripada kejuaraan dalam golf.”

Dalam artikelnya bagi surat khabar The New York Times, Karen Krouse menulis, “Ini memerlukan kasih kurnia dan kerelaan hati untuk menyedari segala maksud penting dalam suatu pertandingan, terutamanya sejurus menghadiri upacara penyampaian piala hingga habis bagi orang lain dan melihat foto mereka yang diambil.” Krouse meneruskan kata-katanya, “Walaupun pukulan bola golf Spieth sepanjang minggu ini adalah merosot, tetapi sikapnya tetap ramah.”

Paulus menggesa para pengikut Yesus di Kolose: “Dekatilah orang luar dengan bijaksana, dan pergunakanlah setiap peluang dengan baik. Perkataanmu hendaklah sentiasa penuh dengan kasih kurnia, digarami kebijaksanaan, supaya kamu tahu menjawab setiap orang dengan sewajarnya” (Kolose 4:5–6).

Bagi kita yang telah menerima rahmat Tuhan sedemikian dengan percuma, ini merupakan tanggungjawab dan panggilan kita untuk mengamalkannya dalam setiap situasi hidup kita—menang ataupun kalah.