Penulis

Lihat semua
David H. Roper

David H. Roper

David H. Roper pernah seorang pastor selama 30 tahun dan kini dia mengetuai pelayanan Idaho Mountain Ministries, retret yang membawa dorongan kepada para pastor dan pasangan mereka. Dia suka memancing ikan, mendaki gunung, dan duduk di tepi sungai bersama isterinya, Carolyn. Watak direka kegemarannya ialah Reepicheep, seekor tikus kecil tetapi memiliki keberanian yang besar dalam buku C. S. Lewis, Chronicles of Narnia.Watak Alkitab kegemarannya ialah Kaleb—orang salih yang tua dan tidak pernah bersara, malah terus berjuang bagi Tuhan.

Artikel oleh David H. Roper

Meninggalkan Warisan

Beberapa tahun yang lalu, saya dan anak-anak lelaki saya meluangkan masa selama seminggu di sebuah ladang pedalaman yang sudah terbiar di tepi sungai Salmon, yang dikenali sebagai “Sungai yang Tiada Jalan Pulang” di Idaho.

Didedahkan Untuk Disembuhkan

Semasa saya kecil, saya melihat bapa saya membajak tanah yang belum pernah diusahakan. Semasa pembajakan pertama, batu-batu besar akan ditariknya keluar. Kemudian, dia akan membajak berulang kali untuk menghancurkan tanah itu. Setiap kali pembajakan seterusnya dilakukan, batu-batu yang lebih kecil akan dikeluarkan. Tanah ladang yang baru itu memerlukan pembajakan yang berulang kali.

Menuntut Hak atau Kemurahan Hati

Kawan saya, Archie pulang daripada percutian dan mendapati jirannya telah memasang pagar setinggi 1.5 meter di kawasan tanahnya. Beberapa minggu lamanya Archie cuba bekerjasama dengan jirannya untuk merobohkan pagar itu. Dia menawarkan diri untuk membantu serta membahagikan kos kerja, tetapi ini tidak berhasil. Sebenarnya Archie boleh membawa perkara itu ke mahkamah, tetapi dia memilih melepaskan haknya dalam perkara ini dan membiarkan pagar itu didirikan—untuk menunjukkan kemurahan hati Tuhan kepada jirannya.

Antena yang Amat Diperlukan

BACAAN HARI INI: 1 Yohanes 1:1-4
Ketika hidup sejati dan kekal itu dinyatakan, kami melihatnya ... Kami memberitahu kamu tentang hidup sejati dan kekal ... 1 Yohanes 1:2

Bagaimanakah anda menjawab soalan ini, “Apakah maksud hidup ini? Jonathan Gabay dari England telah menerbitkan sebuah buku yang mengandungi jawapan daripada individu-individu yang terkenal mengenai soalan tersebut. Salah seorang mereka, iaitu seorang pemimpin gereja,…

Sifat Lemah Lembut

Masalah-masalah kehidupan boleh sahaja membuatkan kita mudah meragam dan berasa serba tidak kena. Namun kita tidak patut membiarkan kelakuan buruk ini berterusan kerana ia akan menyakiti hati orang yang kita sayangi dan menyebarkan kesengsaraan kepada orang di sekeliling kita. Keadaan ini hanya boleh berubah setelah kita belajar untuk bersikap mesra terhadap orang lain.

Menjadi Seorang Kawan Sejati

Penyajak Samuel Foss menulis, “Biarlah saya hidup di tepi jalan dan menjadi kawan kepada orang lain” (The House by the Side of the Road). Itulah yang saya ingin jadi—menjadi kawan kepada orang. Saya hendak berdiri di tepi jalan, menunggu pengembara yang keletihan, mencari mereka yang telah didera dan dipersalahkan oleh orang lain, serta mereka yang sedang mengangkat beban hati yang terluka dan kecewa. Saya berharap untuk memberi dorongan dan menyegarkan mereka dengan perkataan yang mengalakkan, kemudian menghantar mereka untuk meneruskan perjalanan mereka. Saya mungkin tidak dapat “membaiki” mereka atau masalah mereka, tetapi saya dapat memberi mereka berkat.

Dikasihi Selamanya

Kita pasti pernah merasakan hinaan, tidak dipedulikan, ataupun dipandang rendah dalam hal-hal tertentu. Kadangkala kita sendiri pun melakukannya terhadap diri sendiri.

Lorong Hamba Tuhan

Saya dan isteri saya Carolyn, sedang berjalan-jalan di London dan menemui sebuah jalan yang bernama Godliman Street (Lorong Hamba Tuhan). Kami diberitahu bahawa seorang lelaki pada suatu ketika dahulu pernah tinggal di situ. Cara hidupnya adalah sangat kudus sehingga lorong itu dikenali sebagai “lorong hamba Tuhan” (Godly). Ini mengingatkan saya tentang sebuah cerita dalam Perjanjian Lama.

Ini Mudah Sahaja

Dalam sebuah artikel surat khabar Washington Post yang bertajuk “Projek Terbaru Pakar Teknologi Yang Berwibawa: Menentang Kematian,” penulis Ariana Cha melaporkan usaha Peter Thiele dan pakar-pakar teknologi lain yang berpengaruh untuk memanjangkan hayat manusia sehingga kekal. Mereka bersedia untuk memperuntukkan berbilion-bilion dolar Amerika Syarikat untuk projek tersebut.