Kawan saya, Archie pulang daripada percutian dan mendapati jirannya telah memasang pagar setinggi 1.5 meter di kawasan tanahnya. Beberapa minggu lamanya Archie cuba bekerjasama dengan jirannya untuk merobohkan pagar itu. Dia menawarkan diri untuk membantu serta membahagikan kos kerja, tetapi ini tidak berhasil. Sebenarnya Archie boleh membawa perkara itu ke mahkamah, tetapi dia memilih melepaskan haknya dalam perkara ini dan membiarkan pagar itu didirikan—untuk menunjukkan kemurahan hati Tuhan kepada jirannya.

Adakah dia seorang pengecut? Tidak, dia adalah seorang yang kuat dan amat berani, tetapi dia memilih kasih kurnia daripada sekumit tanah.

Saya terbayang akan perselisihan yang berlaku antara Abram dan Lut kerana mereka memiliki terlalu banyak binatang ternakan di daerah mereka. “Lalu terjadilah perselisihan antara para gembala ternakan Abram dengan para gembala ternakan Lut. (Pada waktu itu orang Kanaan dan orang Feris bermastautin di negeri itu)” (Kejadian 13:7). Lot telah memilih wilayah yang terbaik tetapi pada akhirnya dia kehilangan segala-galanya. Abram pula memilih apa yang tertinggal baginya dan kemudian memperoleh tanah perjanjian (ayat 12-17).

Kita memang berhak dan boleh menuntut hak kita, terutamanya apabila melibatkan hak orang lain. Kadang-kadang kita juga patut berkeras menuntut hak kita. Begitulah yang dilakukan oleh Paulus apabila dia menegur imam besar yang melanggar hukum Tuhan (baca Kisah Para Rasul 23:1-3). Tetapi kita boleh memilih untuk tidak menuntut hak kami demi memperlihatkan kepada dunia jalan yang lebih baik. Ini dipanggil “rendah hati” dalam Alkitab—bukan lemah. Kekuatan adalah di bawah kawalan Tuhan.