Keindahan Dalam Penciptaan
Desert Solitaire merupakan sebuah buku autobiografi yang ditulis oleh Edward Abbey. Buku ini mengisahkan dia bekerja sebagai seorang renjer taman yang kini digelar sebagai Taman Negara Arches di Utah, Amerika Syarikat semasa musim panas. Penggunaan bahasa dan penerangan Abbey tentang Barat Daya Amerika Syarikat adalah begitu menarik dan jelas, sehingga buku ini memang berbaloi untuk dibaca.
Bagaimana Mengukir Seekor Itik
Saya dan isteri saya Carolyn pertama kali bertemu dengan Phipps Festus Bourne pada tahun 1995 di kedainya yang terletak di Mabry Hill, Virginia. Bourne yang meninggal dunia pada tahun 2002 merupakan seorang tukang kayu yang sangat mahir. Ukirannya hampir mirip dengan objek yang benar. “Pengukiran seekor itik adalah senang,” katanya. “Anda hanya perlu mengambil sebongkah kayu, membayangkan rupa seekor itik, kemudian potong sahaja segala yang tidak menyerupainya.”
Menghadapi Raksasa
Selepas berkhemah selama dua tahun di tempat yang berhampiran dengan Gunung Sinai, bangsa Israel kini bersedia untuk memasuki Kanaan—tanah yang telah dijanjikan Tuhan kepada mereka. Tuhan memerintah agar mereka menghantar dua belas pengintip untuk menjelajahi tanah dan mengintip penduduk di situ. Ketika para pengintip melihat kekuatan orang Kanaan serta saiz bandar-bandar tersebut yang amat besar, sepuluh daripada mereka berkata, “Kita pasti kalah!” manakala dua orang pula berkata, “Kita pasti menang!”
Menguatkan Hati
Pusat gim di kawasan perumahan yang saya telah kunjungi selama bertahun-tahun telah ditutup pada bulan yang lepas, maka saya terpaksa pergi ke gimnasium yang baru. Tempat yang lama itu adalah tempat yang mesra, dikunjungi oleh orang yang gemar berkawan dengan orang lain semasa mereka melatih badan. Kami jarang pun berpeluh. Gimnasium yang baru pula merupakan tempat yang dipenuhi dengan lelaki dan wanita yang serius mereka bersemangat untuk membina tubuh badan yang lebih sihat. Saya melihat mereka berusaha dengan bersungguh-sungguh. Badan mereka kelihatan kuat, tetapi saya tertanya-tanya sama ada hati mereka juga dikuatkan oleh rahmat.
Hoo-ah!
Sorakan tentera Amerika Syarikat “hoo-ah” menandakan persetujuan para askar akan sesuatu hal. Maksud asalnya sudah tidak diketahui, tetapi ada yang berkata bahawa ia berasal daripada singkatan HUA—Heard (Dengar), Understood, (Faham), dan Acknowledged (Setuju). Saya pula mendengar pernyataan itu untuk kali pertama pada waktu saya menjalani latihan ketenteraan asas.
Mendayung Pulang
Saya suka Reepicheep, seekor tikus watak rekaan C. S. Lewis yang berani dan boleh bercakap dalam siri Chronicles of Narnia. Kerana dia berazam pergi ke “Timur di hujung dunia” untuk menyertai pasukan Aslan, raja singa [simbolik Kristus] yang hebat, Reepicheep berkata: “Kalau mampu, saya akan berlayar ke Timur dalam kapal Dawn Treader. Jika kapal itu tidak dapat sampai destinasi saya, saya akan mengayuh ke Timur dalam bot kecil (coracle) saya. Sekiranya ia tenggalam, saya akan mendayung ke Timur dengan menggunakan keempat-empat kaki saya. Seterusnya, apabila saya tidak mampu lagi berenang, mahupun belum sampai ke Negara Aslan, saya akan mengarah ke ufuk matahari terbit walaupun tenggelam.”
Berehat Dan Menunggu
Pada waktu tengah hari yang panas, Yesus berehat di pinggir perigi Yakub setelah berada dalam perjalanan yang jauh dan amat penat, manakala para pengikut-Nya pergi ke bandar Sikhar untuk mendapatkan makanan. Masa itu seorang wanita telah datang dari bandar untuk mengambil air … dan dia bertemu dengan Penyelamatnya. Kejadian ini memberitahu kita bahawa wanita itu balik ke bandar dan memberitahu orang di bandar untuk datang melihat “orang yang memberitahu saya segala sesuatu yang pernah saya lakukan” (Yohanes 4:29).
Ribut di Ufuk
Anak kami, Josh merupakan seorang nelayan. Dia menangkap khasnya ikan salmon di Kodiak, Alaska. Tidak lama sebelum ini, dia mengirim kepada saya satu foto yang diambilnya sendiri, yang menunjukkan sebuah bot kecil berada beberapa ratus meter di hadapan botnya, dan bot kecil itu sedang melalui satu laluan sempit. Awan ribut gelap kelihatan di ufuk. Namun begitu, satu pelangi, simbol perlindungan serta kasih dan janji Tuhan, kelihatan dari satu hujung ke satu hujung laluan sempit tersebut dan mengelilingi bot kecil itu.
Tabahkanlah Hati!
Saya suka melihat burung yang sedang bermain, oleh itu beberapa tahun yang lalu, saya membina sebuah kawasan perlindungan kecil di halaman belakang rumah untuk menarik burung-burung tersebut. Selama beberapa bulan, saya seronok melihat “kawan-kawan” saya ini yang sedang seronok makan serta terbang sana sini—sehinggalah seekor burung helang Cooper mengubahkan tempat perlindungan saya ini menjadi tempat buruan peribadinya.