Saya suka melihat burung yang sedang bermain, oleh itu beberapa tahun yang lalu, saya membina sebuah kawasan perlindungan kecil di halaman belakang rumah untuk menarik burung-burung tersebut. Selama beberapa bulan, saya seronok melihat “kawan-kawan” saya ini menikmati makanan serta terbang sana sini—sehinggalah seekor burung helang Cooper menukarkan tempat perlindungan bagi burung-burung tersebut kepada tempat buruannya.

Begitulah kehidupan: Apabila kita mula menjadi selesa dengan cara hidup yang baru, kemunculan sesuatu hal atau seseorang telah mengganggu segala ini. Mengapa, kita bertanya, kehidupan ini mesti dipenuhi air mata?

Saya sudah mendengar banyak jawapan kepada soalan lama ini, tetapi pada akhir-akhir ini, saya hanya berpuas hati dengan satu jawapan: “Semua cabaran dan penderitaan yang diterima di dunia ini adalah untuk menjadikan [kita] kanak-kanak, dengan itu, Tuhan akan menyatakan diri-Nya kepada [kita]” (George MacDonald, Life Essential). Ini kerana apabila kita menjadi seperti kanak-kanak, kita akan mula percaya dan rehat sepenuhnya dalam kasih Bapa kita yang di syurga, malah kita akan ingin mengenal dan menjadi seperti Dia.

Kerisauan dan kesedihan mungkin akan selalu melanda kita sepanjang hidup, tetapi kita “tidak tawar hati … Kesusahan yang kita alami ini hanya untuk sementara dan tidak seberapa banyak, tetapi akan mendatangkan kemuliaan yang luar biasa dan kekal. Kemuliaan itu jauh lebih besar jika dibandingkan dengan kesusahan itu. Hal itu demikian kerana kita menumpukan perhatian kepada apa yang tidak kelihatan, dan bukan kepada apa yang kelihatan. Apa yang kelihatan hanya tahan sementara, tetapi apa yang tidak kelihatan itu kekal selama-lamanya” (2 Korintus 4:16-18).

Bukankah kita seharusnya bersukacita, dengan gambaran masa depan yang sebegitu rupa?