Penulis

Lihat semua
Dennis Fisher

Dennis Fisher

Dennis Fisher menerima Yesus sebagai Penyelamatnya pada suatu perjumpaan gereja di Selatan California. Dia berkata, “Aku mengalami pertaubatan dosa yang dahsyat. Selepas menerima Kristus, aku berasa seperti dibersihkan dari dalam hati.” Dennis seorang profesor dalam penginjilan dan permuridan di Institut Alkitab Moody selama 8 tahun. Pada tahun 1998, dia menyertai Our Daily Bread Ministries, yang kini dia melayani sebagai editor urusan bagi ChristianCourses.com. Dennis mempunyai dua orang anak dan seorang cucu lelaki. Kini dia tinggal di DeWitt, Michigan bersama isterinya, Janet.

Artikel oleh Dennis Fisher

The Da Vinci Code: Memisahkan Fakta daripada Cerita Rekaan

Setelah The Da Vinci Code karangan Dan Brown diterbitkan pada Mac 2003, ia segera tersenarai dalam buku terlaris The New York Times. Setahun kemudian, buku ini diisytiharkan sebagai buku terlaris di 100 buah negara, sementara Doubleday, penerbit buku itu menyebutnya sebagai “novel yang paling banyak dijual.”

Mengapa buku ini sangat diminati? Penulisnya mendakwa berjaya memberi suatu teori fiksyen mengenai persubahatan…

Cap Jari Tuhan

Lygon Stevens suka mendaki gunung dengan abangnya Nick. Mereka berdua merupakan pendaki yang berpengalaman dan pernah sampai ke puncak Gunung McKinley (Denali), puncak tertinggi di Amerika Utara. Kemudian, pada Januari 2008, mereka tertimbus oleh runtuhan salji di sebuah gunung di Colorado. Akibatnya Nick tercedera dan Lygon yang berumur 20 tahun terbunuh. Apabila Nick menemukan jurnal adik perempuannya dalam salah beg galasnya kemudian, dia sangat terhibur dengan isinya. Jurnal tersebut penuh dengan renungan, doa dan pujian kepada Tuhan seperti yang tertulis dalam satu ungkapan: “Saya ialah ciptaan seni, ditandatangani oleh Tuhan. Tetapi karya-Nya belum selesai; kenyataannya, Dia baru memulakannya ... Cap jari Tuhan boleh dikesan dalam hidup saya. Tidak akan ada seorang lagi seperti saya ... Saya ada tugas yang perlu saya lakukan dalam hidup ini dan tiadasesiapa pun yang lain dapat melakukannya.”

Terselamat Di Padang Gurun

Pada era 1960-an, kumpulan Kingston Trio telah mengeluarkan sebuah lagu yang bertajuk “Desert Pete”. Lagu itu mengisahkan seorang koboi yang kehausan telah menemui sebuah pam air ketika merentasi sebuah gurun. Di sebelah pam itu, ada sebuah balang yang berisi air disertakan satu nota daripada Desert Pete. Dia menggesa pembaca notanya agar tidak minum air dalam balang itu tetapi menggunakannya untuk mengisi pam air itu.

Pokok Yang Bercakap

Salah sebuah sajak Kristian dalam kesusasteraan Inggeris kuno ialah “The Dream of the Rood”. Perkataan rood (batang) berasal daripada perkataan Inggeris kuno rod atau pole (tiang), dan ia merujuk kepada kayu salib yang Yesus disalibkan. Dalam sajak purba ini, kisah penyaliban diceritakan semula melalui perspektif si kayu salib. Apabila si pokok menyedari bahawa ia akan dijadikan sebagai kayu salib untuk membunuh Anak Tuhan, ia menolak idea itu. Tetapi akhirnya Kristus menonjolkan pertolongan yang diberikan oleh pokok itu untuk memberikan pembebasan kepada semua orang yang mahu percaya kepada-Nya.

Mengubah Hati

Tidak berapa lama dahulu, saya pergi ke sebuah kedai tukang jahit dan membawa beberapa helai pakaian untuk diubahsuai. Sewaktu memasuki kedai tersebut, saya amat terdorong dengan tulisan yang tertera pada dinding. Tulisan pada salah satu papan tanda berbunyi, “Kami boleh mengubah pakaian anda tetapi hanya Tuhan yang mampu mengubah hati anda”. Di tepinya tergantung gambar Maria Magdalena yang sedang menangis, tatkala Kristus yang telah hidup semula menampakkan Diri-Nya kepada Maria. Papan tanda lain tertulis ungkapan, “Anda perlukan doa? Biarlah kami mendoakan anda.”

Doa Kecemasan

Pada 11hb September 2001, Stanley Praimnath sedang bekerja di tingkat 81 dalam Menara Selatan World Trade Center apabila dia melihat sebuah kapal terbang menghempas terus ke arahnya. Stanley berdoa dengan cemas sambil bercangkung di bawah sebuah meja untuk perlindungan: “Tuhan, saya tidak dapat melakukan apa-apa! Engkau berkuasa!”

Dihancurkan Untuk Dijadikan Baru

Semasa Perang Dunia Ke-2, bapa saya berkhidmat untuk Tentera Amerika Syarikat di perairan Selatan Pasifik. Masa itu bapa saya tidak percaya kepada sebarang agama. Dia selalu berkata, “Saya tidak memerlukan agama untuk melegakan jiwa saya.” Namun pada suatu hari, pandangannya terhadap hal-hal rohani telah berubah selamanya ekoran satu peristiwa. Hal itu berlaku semasa ibu saya dihantar ke hospital untuk melahirkan adik kami. Saya dan abang pergi tidur dengan harapan bahawa tidak lama lagi kami akan bertemu dengan adik kami yang baru. Apabila saya bangun pada keesokan hari, saya berasa teruja dan bertanya kepada bapa saya, “Adakah itu adik lelaki atau adik perempuan?” Bapa menjawab, “Dia adik perempuan, tetapi dia sudah meninggal sewaktu dilahirkan.” Kami mula menangis bersama atas kehilangan itu.

Kerja Pembaharuan

Adam Minter mengusahakan perniagaan sampah. Dia ialah anak kepada seorang pemilik tempat timbunan sampah, dan dia mengelilingi dunia untuk menyelidiki bahan-bahan buangan. Dalam bukunya Junkyard Planet, dia mencatatkan sejarah tentang industri kitar semula buangan yang bernilai berbilion dolar. Dia mendapati bahawa ramai usahawan di seluruh dunia menumpukan minat dalam pencarian bahan-bahan buangan seperti dawai tembaga, kain-kain kotor dan plastik, lalu mengubah semua bahan ini menjadi sesuatu yang baharu dan berguna.

Firman Tuhan Yang Kekal

Pada permulaan Perang Dunia Kedua, pengeboman udara telah meratakan sebahagian besar daerah Warsaw, Poland. Blok-blok simen, paip pecah, dan serpihan kaca bersepah di setiap pelosok bandar itu. Walau bagaimanapun, di bahagian pusat bandar, terdapat sebuah bangunan yang hancur tetapi masih tegak berdiri. Bangunan itu ialah ibu pejabat bagi Lembaga Alkitab British dan Asing. Kata-kata yang masih jelas tertulis pada dinding ialah: “Langit dan bumi akan lenyap, tetapi firman-Ku kekal selama-lamanya” (Matius 24:35).