Penulis

Lihat semua

Artikel oleh James Banks

Yang Terbaik Akan Tiba

Adakah hari yang terbaik dalam hidup anda telah berlalu atau belum sampai lagi? Pandangan kita terhadap kehidupan—dan jawapan kita bagi soalan itu—boleh berubah mengikut masa. Ketika masih muda, kita mengharapkan masa depan dan sangat ingin menjadi dewasa. Apabila kita telah menjadi lebih tua, kita rindu akan masa lalu, mahu menjadi muda semula. Namun apabila kita berjalan dengan Tuhan, apa pun usia kita, nescayalah bahawa yang terbaik akan tiba!

Hadiah Dan Pemberi Hadiah

Itu hanya seutas rantai kunci. Lima bongkah kecil yang diikat bersama dengan tali kasut. Anak perempuan saya telah memberikannya kepada saya beberapa tahun yang lalu ketika dia berumur tujuh tahun. Sekarang talinya sudah lusuh dan bongkahnya sudah berkecai, tetapi tulisan itu tidak pernah menjadi kabur: “I  Dad (Saya mengasihi Ayah).”

Selamat Pulang!

Apabila kami menghadapi masa yang amat mencabar dengan anak lelaki kami, seorang rakan menarik saya ke tepi selepas persekutuan gereja. “Saya mahu anda tahu bahawa saya berdoa untuk anda dan anak anda setiap hari,” katanya. Kemudian dia berkata: “Saya berasa bersalah.”

Menunggu Jawapan

Ketika anak perempuan kami berumur 15 tahun, dia melarikan diri. Dia telah hilang lebih daripada 3 minggu. Tempoh itu merupakan 3 minggu yang paling panjang dalam hidup kami. Kami mencari dia di merata tempat dan meminta bantuan daripada polis dan rakan-rakan. Pada masa-masa yang mencemaskan itu, saya dan isteri belajar kepentingan menunggu akan Tuhan dalam doa. Kami telah kehabisan sumber dan kekuatan. Kami harus bergantung kepada Tuhan.