Penulis

Lihat semua

Artikel oleh James Banks

Kasih yang Tidak Terkira 

“B agaimanakah aku mencintaimu? Biar kuhitung cara-caranya.” Kata-kata tersebut oleh Elizabeth Barrett Browning daripada Sonnets from the Portuguese adalah antara puisi yang terkenal dalam bahasa Inggeris. Dia menulis puisi itu istimewa untuk Robert Browning sebelum mereka berkahwin, dan lelaki tersebut sangat terharu sehingga dia menggalakkan Elizabeth untuk menerbitkan seluruh koleksi puisinya. Tetapi disebabkan bahasa sonet adalah sangat lembut, kerana keinginan untuk privasi peribadi, Barret menerbitkannya seolah-olah seperti terjemahan daripada seorang penulis Portugis.

Identiti Baru Dalam Yesus

“Saya bukan seperti yang dahulu. Saya kini orang yang baharu.” Begitulah kata-kata singkat daripada anak lelaki saya, yang dikatakannya kepada murid-murid lain semasa perhimpunan sekolah, menerangkan perubahan yang telah dibawa Tuhan dalam hidupnya. Sebelum ini, Geoffery melihat nilai diri berdasarkan dosa dan kesilapannya, kerana dia pernah ketagih heroin. Tetapi kini dia melihat dirinya sebagai anak Tuhan.

Bintang Krismas

“Jika kamu menjumpai bintang itu, kamu akan sentiasa dapat menemui jalan pulang.” Itulah kata-kata bapa saya apabila dia mengajar saya bagaimana untuk mencari Bintang Utara semasa saya masih kecil. Ayah telah berkhidmat dalam angkatan bersenjata semasa perang, dan ada masanya hidupnya bergantung pada kemampuan untuk mencari arah pada waktu malam. Oleh demikian, dia memastikan saya mengenali nama dan lokasi beberapa buruj bintang, tetapi apa yang paling penting ialah mencari bintang Polaris. Dengan mengetahui lokasi bintang, ini bermakna saya dapat mengetahui arah tuju di mana sahaja saya berada, dan mencari lokasi di mana saya sepatutnya berada.

Prasangka dan Kasih Tuhan

“Kamu bukan seperti yang saya sangkakan. Saya fikir saya akan membenci kamu, tapi tidak.” Kata-kata orang muda itu kedengaran kasar, tetapi sebenarnya ini ialah usahanya untuk bersikap baik. Saya pernah belajar di negara orang muda itu, iaitu negara yang berdekad-dekad sebelumnya telah berperang dengan tanah air saya. Kami berdua mengikuti perbincangan secara kumpulan di dalam kelas, dan saya perasan dia bersikap dingin terhadap saya. Apabila saya bertanya sama ada saya telah menyinggung perasaannya, dia menjawab, “Sebenarnya tidak sama sekali … ini sebab datuk saya telah terbunuh dalam peperangan tersebut, maka saya membenci bangsa dan negara kamu. Tetapi sekarang saya melihat kita mempunyai banyak persamaan, dan itu mengejutkan saya. Tiada alasan mengapa kita tidak boleh menjadi kawan.”

Kemusnahan Dibinasakan

“Anak burung itu akan terbang esok!” kata isteri saya, Cari, yang sangat gembira melihat perkembangan keluarga burung ren di dalam sebuah sarang bakul yang tergantung di anjung depan rumah kami. Dia memerhatikan anak-anak burung tersebut setiap hari, mengambil gambar semasa induk burung membawa makanan ke sarang.

Cara Tuhan yang Tidak Dijangka

Pastor Jonathan Edward mengalami kesulitan untuk membaca tulisan pada kertas yang berisikan khutbahnya sehingga dia mendekatkan kertas-kertas tersebut ke mukanya. Dia betul-betul rabun dan harus membaca setiap frasa khutbahnya dengan teliti dalam nada suara yang tidak memberangsangkan. Tetapi Roh Tuhan telah bekerja melalui pastor ini pada abad ke-18 untuk menghidupkan api Kebangunan Rohani yang Pertama dan membawa beribu-ribu jiwa percaya kepada Kristus.

“Akulah yang Menderita”

“Pagi ini saya sangka saya mempunyai sangat banyak wang; tetapi sekarang saya tidak pasti kalau saya mempunyai satu dolar.” Ulysses S. Grant, bekas presiden Amerika Syarikat berkata demikian pada hari wang simpanan seluruh hidupnya lesap akibat ditipu oleh seorang rakan kongsi perniagaannya. Beberapa bulan kemudian, Grant menerima diagnosis bahawa dia menghidapi kanser yang tidak terubat. Oleh sebab Grant ingin memberikan nafkah hidup kepada keluarganya, dia menerima tawaran daripada pengarang Mark Twain untuk menerbitkan memoirnya, yang telah disiapkannya seminggu sebelum dia meninggal dunia.

Kurnia Memberi Galakan

“Lebah-lebah kamu sedang berpindah!” kata isteri saya sambil memasukkan kepalanya melalui pintu dan memberikan saya berita yang tidak ingin didengari oleh penternak lebah. Saya berlari keluar lalu melihat beribu-ribu lebah sedang terbang dari sarangnya menuju ke puncak pokok pain yang tinggi. Lebah-lebah ini tidak akan kembali lagi.

Harapan di sebalik Padah

Pernahkah anda melakukan sesuatu dalam kemarahan dan kemudiannya berasa sesal? Ketika anak lelaki saya bergelut dengan ketagihan dadah, saya telah meluahkan kata-kata keras mengenai pilihan-pilihan dalam hidupnya. Kemarahan saya itu mematahkan semangatnya. Namun, akhirnya dia telah bertemu dengan orang-orang percaya yang menggalakkan dia menghargai hidup dan berpegang pada harapan, tidak lama kemudian dia pun terlepas daripada ketagihannya.