Penyair yang bernama William Cowper bergelut dengan kemurungan sepanjang hidupnya. Selepas percubaan membunuh diri, dia telah dimasukkan ke sebuah tempat perlindungan. Melalui penjagaan seorang doktor Kristian di tempat itu, Cowper telah percaya dan menerima Yesus dengan iman yang kukuh. Tidak lama selepas itu, Cowper berkenalan dengan seorang pastor dan penulis lagu yang bernama John Newton, yang menggalakkan dia menulis sebuah buku nyanyian untuk gereja mereka bersama-sama. Antara lagu yang ditulis oleh Cowper ialah God Moves in a Mysterious Way (“Allah Sungguh Misteri”), yang kata-kata lagu ini yang berkisar daripada pengalaman lalunya: “Hai orang suci yang takut, teguhkan hatimu,; hidup mungkin diliputi kabut ketakutan, belas kasihan dan berkat Tuhan tercurah padamu.”

Seperti Cowper, orang Yehuda juga mengalami kebaikan Tuhan tanpa diduga. Semasa satu pakatan tentera musuh datang menyerang negara mereka, Raja Yosafat mengumpulkan rakyat untuk berdoa. Ketika askar-askar Yehuda berarak keluar, barisan askar di hadapan memuji Tuhan (2 Tawarikh 20:21). Akibatnya, musuh yang sedang menyerang mereka itu berpaling dan berbunuhan sesama sendiri, dan “Tidak ada yang terselamat … Tiga hari lamanya mereka menjarah barang-barang itu kerana begitu banyaknya” (ayat 24-25).

Pada hari keempat, tempat yang pakatan tentera musuh berkumpul untuk melawan umat Tuhan telah digelar sebagai Lembah Berkat (ayat 26)—secara harfiahnya, ia membawa maksud “lembah pujian” atau “berkat”. Alangkah luar biasa! Rahmat Tuhan dapat mengubah segala lembah kesusahan dalam hidup kita untuk menjadi tempat pujian apabila kita berserah penuh kepada-Nya.