Bukan Usaha Sendiri
“Ayah, terima kasih untuk makan malam ini,” kata saya sambil meletakkan serbet di atas meja restoran. Saya kembali ke rumah sewaktu cuti universiti dan selepas tidak tinggal di rumah untuk beberapa waktu, saya berasa kekok kerana ibu bapa membayar bil untuk saya. Ayah saya berkata, “Sama-sama, Julie, tetapi kamu tidak perlu mengucapkan terima kasih untuk segalanya. Saya tahu, kamu dapat hidup berdikari, tetapi kamu masih anak perempuan saya dan ahli keluarga ini.” Saya tersenyum. “Terima kasih, ayah.”
Adakah Tindakan kita Penting?
Saya mengeluh sambil menepuk dahi, “Saya tidak tahu bagaimana saya boleh menyiapkan semuanya.” Suara rakan saya kedengaran berpecah-pecah melalui telefon: “Kamu hendaklah memberi sedikit penghargaan kepada diri sendiri. Sudah banyak yang telah kamu lakukan.” Kemudian dia menyenaraikan perkara-perkara yang saya cuba lakukan—mengekalkan gaya hidup yang sihat, bekerja, ada keputusan yang baik selaku siswazah, menulis, dan menghadiri kelas Alkitab. Saya mahu melakukan semua perkara ini untuk Tuhan, tetapi saya lebih fokus kepada apa yang saya sedang lakukan, dan bukan cara saya melakukannya—atau mungkin saya cuba melakukan terlalu banyak perkara.
Keletihan Rohani?
“Secara emosi, kadang-kadang kita bekerja untuk sejam, tetapi seolah-olah telah bekerja sepanjang hari,” Zack Eswine menulis dalam bukunya, The Imperfect Pastor (Paderi yang Tidak Sempurna). Walaupun dia merujuk khusus kepada beban yang dipikul oleh pastor, hal ini juga benar bagi kebanyakan kita. Emosi dan tanggungjawab yang membebankan boleh menjadikan kita letih secara fizikal, mental dan rohani, dan apa yang kita perlu lakukan ialah tidur.
Melalui Lensa Baru
“Memang menakjubkannya kita dapat melihat sepohon pokok dan setiap helai daunnya, bukan sekadar sesuatu yang kekaburan hijau,” kata ayah saya. Saya amat bersetuju dengan kata-kata ayah. Saya berumur 18 tahun pada masa itu dan bukan seorang yang teringin untuk memakai cermin mata walaupun perlu, tetapi cermin mata mengubah cara saya melihat segala-galanya, membuatkan yang kabur itu menjadi cantik!
Tuhan Menyediakan
Perasaan cemas saya kian bertambah terhadap program mahasiswa dan siswazah saya sepanjang musim panas itu. Saya suka merancang semuanya terlebih dahulu, dan idea untuk pergi ke luar negara serta memasuki sekolah siswazah tanpa pekerjaan telah membuatkan saya risau. Bagaimanapun, beberapa hari sebelum saya menamatkan pekerjaan musim panas, saya telah ditawarkan untuk bekerja bagi syarikat itu di kawasan terpencil. Saya menerimanya dan memiliki kedamaian bahawa Tuhan pasti akan menjaga saya.
Memahami Ujian Kehidupan
Bapa kawan saya menerima diagnosis yang amat ditakuti: kanser. Namun, sepanjang masa proses rawatan kemoterapi, dia telah menjadi seorang yang percaya kepada Yesus dan akhirnya dia bebas daripada penyakit tersebut. Dia mengalami kesembuhan yang baik selama 18 bulan, tetapi penyakit itu muncul kembali—lebih teruk daripada keadaan sebelumnya. Dia dan isterinya menghadapi realiti itu dengan kerisauan dan persoalan. Namun mereka tetap percaya kepada Tuhan kerana campur tangan Tuhan yang dialami mereka sewaktu berhadapan dengan krisis itu pada kali yang pertama.
Berkat-Nya akan Datang
Saya dan seorang sahabat pergi berjalan-jalan bersama cucu-cucunya. Ketika dia menolak kereta sorong cucunya, dia berkata bahawa langkahnya sia-sia sahaja, kerana peralatan yang dipakainya pada pergelangan tangan tidak dapat mengesan aktivitinya jika dia tidak mengayunkan tangan ketika berjalan. Saya berkata kepadanya bahawa langkah-langkahnya juga masih bermanfaat bagi kesihatan dia. Sambil tertawa, dia berkata “Ya. Tetapi saya betul-betul mahu akan pingat emas elektronik itu!”
Alga dan Diatom
“Apakah itu diatom?” tanya saya kepada seorang rakan. Saya bersandar pada bahunya untuk melihat gambar di dalam telefonnya melalui mikroskop. “Oh, ia seperti alga, tetapi sukar untuk dilihat. Kadangkala kita memerlukan setitis minyak ke atas lensa, atau tunggu sehingga organisma tumbuhan itu mati baru boleh dilihat,” jelasnya. Saya duduk tergamam ketika dia menatal gambar-gambar tersebut. Saya tidak henti-henti berfikir tentang butiran kompleks yang telah diletakkan Tuhan dalam kehidupan yang hanya boleh dilihat menerusi mikroskop!
Yesus Menghulurkan Tangan
Ada kalanya kehidupan menjadi sibuk—pembelajaran yang sukar, kerja yang meletihkan, bilik mandi yang perlu dibersihkan, serta menghadiri temu janji, semuanya tersenarai dalam jadual harian. Saya begitu sibuk sehingga satu tahap bahawa saya memaksa diri untuk membaca Alkitab selama beberapa minit sahaja sehari dan mengatakan kepada diri saya bahawa saya akan mengambil lebih banyak waktu untuk Tuhan pada minggu depan. Namun ia berlaku hanya dalam masa yang singkat dan perhatian saya mula terganggu lagi, dilemaskan dengan tugasan harian, serta lupa untuk memohon apa-apa pertolongan daripada Tuhan.