Penulis

Lihat semua
Karen Huang

Karen Huang (Penulis Tamu)

Sebagai anak yang pemalu dan penakut, Karen menemukan kasih Yesus dalam buku-buku cerita Alkitab di perpustakaan sekolahnya. Dia menghabiskan masanya untuk membaca buku dan menulis cerita, malah menyedari bahawa Penyelamatnya yang setia telah memberikan maksud dalam setiap kisah manusia. Kemudian Karen menjadi editor buku selama bertahun-tahun. Dia gemar membantu menghasilkan buku-buku pendidikan dan penerbitan Kristian. Dia juga seorang penulis yang karyanya telah muncul dalam beberapa buku renungan, kumpulan kesusasteraan, dan buku-buku inspirasi bagi wanita. Sebagai penulis buku Letters to a Single Woman, Karen gemar berjalan jauh, menikmati seni bina gaya Sepanyol-Filipina, membaca mengenai kebudayaan Singapura, menjaga kucing-kucingnya, dan meluangkan masa bersama-sama anak-anak buahnya.

Artikel oleh Karen Huang (Penulis Tamu)


Adakah Anda Masih Mengasihiku?

Lyn-Lyn yang berusia 10 tahun akhirnya telah dijadikan anak angkat, tetapi dia berasa takut. Sewaktu tinggal di rumah anak yatim, tempat yang dia dibesarkan, dia pernah dihukum kerana kesilapan yang kecil. Lyn-Lyn bertanya kepada ibu angkatnya, yang juga merupakan kawan saya: “Ibu, adakah ibu sayang aku?” Ketika kawan saya menjawab ya, Lyn-Lyn bertanya lagi, “Jika aku buat silap, ibu masih sayang aku?”

Percayalah Nama Tuhan

Sewaktu saya masih kanak-kanak, kadangkala saya berasa takut untuk pergi ke sekolah. Beberapa orang budak perempuan pernah membuli saya dengan olokan yang kejam. Oleh itu, saya sering mencari perlindungan di dalam perpustakaan, dan membaca buku-buku cerita Kristian. Saya masih ingat pada masa saya pertama kali membaca tentang nama “Yesus”. Entah bagaimana, saya dapat mengetahui bahawa itulah nama seseorang yang mengasihi saya. Pada bulan-bulan yang berikutnya, apabila saya menjejakkan kaki di sekolah dengan membawa perasaan takut dan seksaan yang bakal dihadapi, saya pun berdoa, “Yesus, tolonglah lindungi aku”. Dengan berbuat demikian, saya berasa dikuatkan dan mendapat ketenangan, dengan mengetahui bahawa Dia sedang memperhatikan saya. Dengan berlalunya masa, budak-budak perempuan tersebut pun berasa bosan untuk membuli saya dan akhirnya berhenti mengusik saya.

Apabila Anda Memerlukan Bantuan

Hari itu adalah pagi Isnin, tetapi kawan saya Chia-ming tidak pergi ke pejabat. Dia berada di rumah dan membersihkan bilik air. Setelah menganggur selama sebulan, masih tiada peluang pekerjaan. Syarikatnya terpaksa ditutup kerana pandemik Covid-19 dan kerisauan mengenai masa depan memenuhi Chia-ming dengan ketakutan. Aku perlu menyara keluarga, fikirnya. Di manakah aku dapat meminta bantuan?

Tuhan Melihat Anda

Awal pagi merupakan saat yang menyakitkan bagi rakan saya Alma, seorang ibu tunggal yang mempunyai dua orang anak. Dia berkata, “Ketika semuanya menjadi tenang, kebimbangan muncul. Semasa melakukan kerja-kerja rumah, aku mula memikirkan masalah kewangan, kesihatan dan pelajaran anak-anakku.”

Kesombongan dan Penipuan

Tuhan yang penyayang, terima kasih atas teguran-Mu yang lembut demi menarik perhatianku. Dengan rendah hati aku membisikkan kata-kata yang sukar itu. Aku begitu sombong, kerana berfikir dapat melakukan semuanya seorang diri. Selama berbulan-bulan aku mengecapi kejayaan dalam projek-projek kerja, dan pujian demi pujian telah melalaikan saya untuk mempercayai keupayaan saya sendiri dan menolak pimpinan Tuhan, sehinggalah sebuah projek yang amat mencabar telah menyedarkan saya bahawa saya tidaklah sepintar yang saya fikirkan. Hati yang sombong telah menipu saya sehingga saya percaya bahawa saya tidak memerlukan pertolongan Tuhan.

Tuhan Tahu

Lea akan mula bekerja sebagai jururawat di Taiwan. Dia akan dapat menyara keluarganya dengan lebih baik daripada yang boleh dilakukannya di Manila, kerana peluang pekerjaan di situ adalah terhad. Pada malam sebelum berlepas, Lea berpesan kepada kakaknya yang akan menjaga anak perempuannya yang berusia lima tahun, “Dia akan makan vitaminnya kalau kakak bagi dia satu sudu mentega kacang juga,” jelas Lea, “Ingat juga ya, dia ’ni pemalu orangnya. Lama-kelamaan dia akan bermain dengan sepupunya juga. Dia juga takut gelap ... “. 

Hospitaliti Sebenar

Kumain ka na ba?” (Kamu sudah makan?)

Inilah pertanyaan yang anda akan selalu dengar sebagai pelawat di kebanyakan rumah di Filipina, tempat asal saya. Ia merupakan cara orang Filipina menunjukkan keprihatinan dan kebaikan kepada tetamu. Tanpa mempedulikan jawapan, tuan rumah tetap akan sentiasa menyediakan makanan untuk tetamu. Orang Filipina percaya bahawa kebaikan yang ikhlas bukan sekadar mengucapkan kata-kata sambutan, tetapi melakukan lebih…

Kedamaian Tuhan

Selama beberapa bulan, saya berhadapan dengan isu politik dan komplot yang sengit di tempat kerja. Saya orang yang mudah menjadi bimbang, tetapi saya hairan diri dapat bertenang walaupun menghadapi hal ini. Saya tidak berasa cemas, sebaliknya saya dapat bertindak balas dengan fikiran dan hati yang tenang. Saya tahu kedamaian seperti ini hanya datang daripada Tuhan.

Ketika Anda Tidak Dapat Bertahan

Pada tahun 2006, ayah saya didiagnosis dengan penyakit neurologi yang menjejaskan ingatan, pertuturan dan kawalan terhadap tubuhnya. Pada tahun 2011, dia tidak dapat bergerak dan hanya terbaring di katil serta dijaga oleh ibu saya. Kita mengalami masa-masa yang sukar pada permulaan penyakitnya. Saya sangat takut: Saya tidak tahu caranya untuk menjaga orang yang sakit. Saya juga bimbang tentang soal kewangan dan kesihatan ibu saya.