Akan Bersambung
Hal itu demikian, kerana di bumi tidak ada kota yang kekal untuk kita; kita mencari kota yang akan datang. Ibrani 13:14
Adakah anda suka membaca cerita yang akan bersambung? Andai kata anda sedang membaca sebuah artikel daripada majalah, atau menonton program televisyen selama setengah jam, wira dalam program tersebut sedang terjun ke dalam air untuk menyelamatkan wanita…
Bintang di Tingkap
allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan anak-Nya yang tunggal. yohanes 3:16
Semasa Perang Dunia Kedua, adat resam: keluarga yang mempunyai anak yang berkhidmat dalam ketenteraan akan menggantungkan bintang di tingkap hadapan rumah mereka. Namun bintang keemasan menunjukkan Amerika Syarikat mempunyai satu anak keluarga itu telah terkorban untuk negaranya.
Beberapa tahun sebelum itu, Sir…
Bagaimanakah Saya Mengatasi Masa Kesedihan?
Kesedihan adalah sesuatu yang pasti dihadapi oleh semua orang. Sekiranya anda sedang bergelut dengan kesengsaraan yang teramat sangat, anda digalakkan untuk menemukan kebenaran daripada firman Tuhan melalui buku kecil ini.
Semoga Tuhan menghiburkan anda dan menguatkan iman anda dalam-Nya. Tuhan memberkati anda.
Tempat Kediaman
Steven, seorang pelarian muda dari Afrika adalah seorang yang tiada negara. Dia berfikir bahawa kemungkinan dia dilahirkan di Mozambique atau di Zimbabwe. Dia tidak pernah mengenali bapanya dan telah kehilangan ibunya. Ibunya melarikan diri daripada perang saudara dan pergi dari satu negara ke negara lain sebagai seorang penjaja jalanan. Tanpa kad pengenalan yang sah dan tidak dapat membuktikan tempat lahirnya, maka Steven pergi ke sebuah pejabat polis British untuk ditahan. Penjara mungkin menjadi tempat yang lebih baik bagi Steven, daripada berada di jalanan, tanpa apa-apa hak dan kebajikan kewarganegaraan.
Menyambungkan Titik
Kami sangat memerlukan panduan daripada Tuhan. Dalam masa yang singkat, kami diminta untuk menjaga dua orang anak kecil selama 3 bulan. Ini merupakan satu keputusan yang perlu dibuat untuk masa depan mereka. Kami sendiri mempunyai tiga orang anak yang lebih tua, oleh itu, untuk menjadi ibu bapa angkat sementara kepada kanak-kanak yang masih kecil ini agak tidak sesuai dengan rancangan hidup kami.Tambahan lagi dengan dua anggota keluarga yang baru, ini memang suatu keputusan yang amat sukar dibuat. Ketika itu buku yang ditulis oleh penginjil, Amy Carmichael, mengarahkan kami kepada beberapa ayat yang tidak biasa kami baca dalam Bilangan 7.
Kasihilah Sesamamu Manusia
Seorang ahli antropologi telah membuat kesimpulan selepas berbulan-bulan menjalankan kajian di sebuah kampung kecil. Apabila dia sedang menunggu kenderaan untuk membawa dia pergi ke lapangan terbang bagi menaiki penerbangan pulang, dia pun mengambil masa untuk membuat satu permainan bagi sejumlah kanak-kanak. Ideanya adalah meletakkan satu bakul yang penuh dengan buah-buahan dan gula-gula di bawah sebatang pokok, kemudian kanak-kanak itu harus berlumba untuk mendapatkan hadiah itu. Tetapi apabila dia memberikan isyarat untuk berlari, tiada seorang pun berlari dengan pantas ke garis akhir. Sebaliknya, semua kanak-kanak bergandingan tangan dan berlari bersama-sama ke arah pokok itu.
Tak Pernah Melihat, Tetap Mengasihi
Seperti orang lain dalam komuniti penulis blog, saya tidak pernah bertemu dengan lelaki yang kami kenali sebagai BruceC. Namun apabila isterinya memaklumkan kumpulan kami tentang kematian suaminya, banyak respons dari pelbagai tempat menunjukkan bahawa kami telah kehilangan seorang sahabat.
Tuhan Kita Yang Cemburu
Pada tahun 2014, seorang pengkaji di Universiti California menggunakan satu patung anjing untuk menunjukkan bahawa binatang juga boleh berasa cemburu. Profesor Christine Harris meminta beberapa pemilik anjing untuk menunjuk rasa kasih sayang kepada patung binatang di hadapan binatang peliharaan mereka. Dia mendapati bahawa tiga perempat daripada binatang-binatang tersebut memberikan respons iri hati. Ada pula berusaha menarik perhatian dengan menyentuh atau menolak pemiliknya dengan lembut. Ada pula yang cuba menolak pemiliknya menjauhi patung itu. Ada yang bertindak berlebihan dengan menggigit patung saingan mereka.