Steven, seorang pelarian muda dari Afrika adalah seorang yang tiada negara. Dia berfikir bahawa kemungkinan dia dilahirkan di Mozambique atau di Zimbabwe. Dia tidak pernah mengenali bapanya dan telah kehilangan ibunya. Ibunya melarikan diri daripada perang saudara dan pergi dari satu negara ke negara lain sebagai seorang penjaja jalanan. Tanpa kad pengenalan yang sah dan tidak dapat membuktikan tempat lahirnya, maka Steven pergi ke sebuah pejabat polis British untuk ditahan. Penjara mungkin menjadi tempat yang lebih baik bagi Steven, daripada berada di jalanan, tanpa apa-apa hak dan kebajikan kewarganegaraan.

Paulus memikirkan masalah kehidupan yang dihadapi oleh orang asing apabila dia menulis surat kepada jemaah di Efesus. Para pembacanya yang bukan orang Yahudi faham akan kehidupan sebagai orang asing dan pendatang (2:12). Hanya setelah mendapat kehidupan dan harapan dalam Kristus (1:13) mereka mula memahami ertinya “menikmati Pemerintahan Allah” (Matius 5:3). Dalam Yesus, mereka mempelajari apa maksudnya dikenali dan dijaga oleh Bapa yang di syurga (Matius 6:31-33).

Paulus mengetahui bahawa biarpun masa lampau telah berlalu, kita mudah lupa dahulunya kita juga orang asing yang tiada harapan, kini pula mendapatkan harapan kekal.

Semoga Tuhan membantu kita hidup dalam keamanan—mengetahui apa yang kita miliki sebagai anggota keluarga Tuhan adalah dengan percaya kepada Yesus Kristus, dan mengenali hak serta kepentingan untuk memiliki tempat kediaman kita dalam-Nya.