Penulis

Lihat semua
Marvin Williams

Marvin Williams

Marvin Williams mula menulis untuk Our Daily Bread pada tahun 2007. Dia juga menulis untuk bahan renungan Our Daily Bread Ministries yang lain, Our Daily Journey. Marvin ialah pastor kanan Trinity Church di Lancing, Michigan. Marvin menerima pendidikan di Bishop College di Dallas, Texas, dan Trinity Evangelical Divinity School di Deerfield, Illinois. Dia juga melayani sebagai pastor di Grand Rapids, Michigan. Dia dan isterinya, Tonia mempunyai tiga orang anak.

Artikel oleh Marvin Williams

Kamu boleh Lakukannya!

Galakan adalah seperti oksigen—kita tidak boleh hidup tanpanya. Inilah yang berlaku kepada James Savage yang berusia 9 tahun. Anak itu berenang lebih daripada 3.2 kilometer ulang-alik dari pinggir pantai San Francisco ke Pulau Alcatraz, memecahkan rekod orang termuda untuk mencapai prestasi itu. Tetapi 30 minit setelah berenang, perairan yang sejuk dan berombak itu membuat James ingin berhenti. Namun, sekumpulan pengayuh berseru, “Kamu boleh lakukannya!” Kata-kata itu memberinya dorongan yang diperlukan untuk menyelesaikan matlamatnya.

Tuhan Membela Kita

Seorang ibu dari Colorado membuktikan dia akan berbuat apa sahaja untuk melindungi anaknya. Anak lelakinya yang berumur lima tahun sedang bermain di luar, tiba-tiba kedengaran anaknya itu menjerit. Dia bergegas keluar, dan betapa gerunnya dia melihat “teman sepermainan” anaknya yang tidak dijangka, iaitu seekor singa pergunungan. Kucing gergasi itu menindih anak kecil itu, dengan kepala si anak di dalam mulutnya. Si ibu mengumpulkan semangat pelindungnya untuk melawan singa itu dan mengumpil rahangnya demi menyelamatkan si anak. Tindakan kepahlawanan ibu itu mengingatkan kita bagaimana sifat keibuan digunakan dalam Alkitab untuk menggambarkan kasih sayang dan perlindungan Tuhan yang teguh terhadap anak-anak-Nya.

Inginkan Dia 

Inginkan Dia 

Mengapa apabila kita berkata, “Inilah cip kentang terakhir yang akan saya makan,” tetapi 5 minit kemudian kita mahu makan lebih banyak lagi? Michael Moss menjawab soalan itu dalam bukunya yang berjudul Salt Sugar Fat (Garam Gula Lemak). Dia menerangkan sejumlah pengeluar snek terbesar di Amerika tahu cara untuk “membantu” orang supaya mengidamkan makanan ringan. Sebenarnya, satu syarikat terkenal membelanjakan $30 juta dolar AS setahun dan mengupah “perunding mengidam” untuk menentukan titik kepuasan para pengguna supaya mereka dapat terus mengeksploitasi keinginan makanan kita.

Umur Hanyalah nombor

Usia muda tidak harus menjadi penghalang untuk mencapai sesuatu. Ini pasti bukan halangan bagi Mikaila yang berusia 11 tahun. Mikaila tidak bermula dengan gerai menjual jus lemon, sebaliknya dia terus memulakan perniagaan jus lemon, Me & the Bees Lemonade. Dia menubuhkan perniagaan ini dengan resipi neneknya dan akhirnya memperoleh modal pelaburan sebanyak $60,000 AS dolar daripada beberapa pelabur dalam rancangan televisyen Shark Tank. Dia juga menandatangani kontrak dengan sebuah pasar raya untuk menjual jus lemonnya kepada 55 buah cawangan pasar raya tersebut. 

Tuhan Membersihkan Noda

Alangkah baiknya jika pakaian kita lebih berfungsi, dengan kemampuan membersihkan diri selepas tertumpah sos atau minuman ke atasnya! Menurut kumpulan BBC, jurutera di China telah menghasilkan sejenis lapisan yang “membuat kapas membersihkan noda dan menghilangkan bau apabila terdedah kepada sinaran ultraungu.” Bolehkah anda bayangkan apa akan terjadi jika pakaian dapat membersihkan diri?

Sabar Menunggu 

Menunggu boleh mencuri kedamaian kita. Menurut saintis komputer Ramesh Sitaraman, ada beberapa perkara yang “membangkitkan kekecewaan dan kemarahan universal” pengguna Internet termasuklah menunggu penyemak imbas web yang lambat memproses. Menurut penyelidikannya, kita bersedia menunggu kira-kira 2 saat untuk memuatkan video dalam talian. Selepas 5 saat, kadar pengabaian adalah sekitar 25 peratus, dan setelah 10 saat, separuh pengguna mengabaikan usaha mereka. Pastinya kita orang yang tidak sabar!

Bukan untuk Keselesaan Kita

Pada suatu hari Dan sedang menunggang motosikalnya. Tiba-tiba sebuah kereta membelok ke lorongnya dan melanggarnya ke arah lalu lintas yang sibuk. Ketika dia sedar 2 minggu kemudian di pusat trauma, keadaannya amat teruk. Dia mengalami kecederaan saraf tunjang yang menyebabkannya lumpuh. Dan berdoa untuk kesembuhan tetapi doanya tidak terjawab. Namun dia tetap mempercayai belas kasihan Tuhan yang mengajarnya bahawa “tujuan hidup kita adalah menyerupai Kristus. Sedihnya, hal ini tidak berlaku apabila hidup kita kelihatan indah. Ia ... berlaku ketika hidup kita dilanda kesusahan dan apabila kita terpaksa bergantung kepada Tuhan melalui doa untuk mengharungi hari-hari kita.”

Tidak Menyimpan Dendam 

Sempena acara promosi pada tahun 2011, dua mantan pemain Liga Bola Sepak Kanada yang berusia 73 tahun saling menumbuk di atas pentas. Ini berpunca daripada dendam yang diakibatkan oleh kejohanan pertandingan bola sepak yang kontroversial pada tahun 1963. Setelah salah seorang terjatuh dari pentas, orang ramai berteriak “lepaskannya!” dan menasihati mereka supaya berdamai.

Berjaga-jagalah!

Apabila seorang pekerja bank di Jerman memindahkan sejumlah 62.40 euro dari akaun bank seorang pelanggan, dia secara tidak sengaja tertidur di mejanya sementara jarinya berada pada kekunci “2” yang mengakibatkan berlakunya pemindahan 222 juta euro (kira-kira RM1 bilion) ke dalam akaun pelanggan. Rakan sekerjanya yang mengesahkan pemindahan wang itu turut dipecat. Walaupun kesalahan yang diakibatkan oleh kecuaian pekerja ini telah berjaya diselesaikan dan diperbetulkan, tabiat pekerja yang kuat mengantuk itu hampir menjadi mimpi buruk bagi pihak bank tersebut.