Penulis

Lihat semua
Monica La Rose

Monica Brands

Monica berasal dari Edgerton, Minnesota, Amerika Syarikat. Dia dibesarkan di sebuah ladang bersama dengan tujuh adik-beradik. Dia belajar Bahasa Inggeris dan Teologi di Kolej Trinity Christian di Palos Heights dan bekerja sebagai pengasuh kanak-kanak istimewa di organisasi Elim Christian Services sebelum dia mendapat ijazah dalam Pengajian Teologi di Seminari Calvin, Grand Rapids. Dia menghargai masa dengan kawan-kawan, keluarga dan anak-anak saudaranya.

Artikel oleh Monica Brands

Kesedihan yang Terpahat

Selepas menerima diagnosis yang buruk tentang kanser otak yang jarang berlaku dan tidak dapat dirawat, Caroline menemukan harapan dan tujuan hidup baru dengan memberikan perkhidmatan unik: menawarkan perkhidmatan fotografi secara sukarela untuk kanak-kanak yang sakit tenat bersama dengan keluarga mereka. Melalui perkhidmatan ini, keluarga-keluarga yang terlibat dapat mengabadikan saat berharga yang dikongsi bersama dengan anak-anak mereka, baik dalam kesedihan dan “saat-saat yang penuh rahmat dan indah, yang dianggap tidak wujud di tempat-tempat yang keadaannya sangat terdesak.” Dia memerhatikan bahawa “dalam detik-detik yang paling sukar untuk dibayangkan, keluarga-keluarga itu … memilih untuk menunjukkan kasih.”.

Pemulihan Tuhan 

Pemulihan Tuhan 

Salah sebuah lagu yang paling menyentuh hati dalam filem muzikal “Penghibur yang Teragung” (The Greatest Showman) ialah “Mulai dari Sekarang” (From Now On). Setelah watak utama dengan sedihnya menyedari bahawa dia telah melukai anggota keluarga dan rakan-rakan, lagu tersebut dinyanyikan demi meraikan kegembiraan ketika dia pulang ke rumah dan mendapati bahawa apa yang dimilikinya adalah jauh lebih daripada cukup.

Perlindungan Tuhan

Jarum, susu, cendawan, lif, kelahiran bayi, lebah dan lebah dalam mesin pengisar, ini hanyalah sebahagian fobia yang dialami oleh Adrian Monk, seorang detektif dan watak utama dalam rancangan TV Monk. Tetapi ketika dia dan saingan lamanya Harold Krenshaw, dikunci di dalam but kereta, sesuatu yang luar biasa telah berlaku. Monk mampu terbebas daripada salah satu ketakutannya, iaitu klaustrofobia (ketakutan terhadap tempat-tempat sempit). 

Kata-kata yang Tepat 

Pada tahun lalu atau sebelumnya, beberapa penulis telah menggesa orang percaya untuk melihat kembali “perbendaharaan kata” bagi iman kita. Sebagai contoh, seorang penulis menekankan bahawa istilah-istilah Kristian yang kaya boleh hilang kesannya, terutama apabila ia terlalu biasa digunakan sehingga kita kehilangan erti Injil yang mendalam dan keperluan kita akan Tuhan. Apabila itu berlaku, dia mencadangkan bahawa kita perlu mempelajari semula bahasa iman dari awal dan meninggalkan andaian-andaian sehingga kita dapat melihat Berita Baik untuk kali pertama.

Seburuk-buruknya Kita

“Dia boleh tahan, tetapi tidak cukup cantik untuk memikat hati saya.” Saya tidak akan melupakan novel ini dan impaknya terhadap saya kerana ayat ini yang diucapkan oleh Encik Darcy dalam buku Pride and Prejudice oleh Jane Austen. Setelah membaca satu-satu ayat itu, saya membulatkan fikiran bahawa saya tidak akan menyukai Encik Darcy. 

Kecil Namun Kuat

Kecil Namun Kuat

Dalam keadaan Gurun Sonora yang teruk di Amerika Utara, ada waktunya pada larut malam seseorang dapat mendengar bunyi lolongan yang samar-samar. Tetapi anda mungkin tidak menyangka apa bunyi itu—tikus belalang kecil namun kuat, melolong terhadap bulan untuk mengisytiharkan kawasan miliknya.

JANJI-JANJI YANG BERHARGA

Pada saat kita mengalami kegagalan besar, mudah bagi kita percaya bahawa segalanya sudah terlambat: kehilangan tujuan dan nilai hidup. Begitulah cara Elias, bekas banduan di penjara New York menggambarkan perasaannya. “Janji untuk masa depan sendiri dan janji tentang cita-cita saya , semuanya hilang.”

Masa Depan Yang Ada Pengampunan

Pada tahun 1994, ketika sistem pemerintahan Afrika Selatan beralih daripada aparteid (sistem perkauman) kepada demokrasi, negara ini menghadapi cabaran sukar untuk menangani jenayah yang dilakukan semasa aparteid. Pemimpin-pemimpin negara ini tidak dapat mengabaikan apa yang berlaku sebelumnya. Akan tetapi dengan semata-mata menjatuhkan hukuman berat kepada pihak yang bersalah, ia hanya akan memperdalam lagi luka negara. Seperti yang dijelaskan oleh Desmond Tutu, Uskup Agung Anglikan berkulit hitam yang pertama di Afrika Selatan dalam bukunya ‘No Future Without Forgiveness’ (Tiada Masa Depan Tanpa Pengampunan), “Kita boleh mendapat keadilan, keadilan yang bersifat balas dendam, dan membuat Afrika Selatan terbaring dalam abu.”

Cubaan yang Berguna

Thomas à Kempis, biarawan yang hidup pada abad ke-15, telah memberikan pandangan tentang cubaan yang mungkin mengejutkan orang dalam tulisan klasiknya, The Imitation of Christ (Menyerupai Kristus). Daripada berfokus kepada kesakitan dan kesusahan yang terhasil daripada cubaan, dia menulis, “cubaan adalah berguna kerana ia boleh menjadikan kita rendah hati, menyucikan kita, dan mengajar kita.” Kempis menjelaskan, “Kunci untuk mencapai kemenangan adalah memiliki kerendahan hati yang benar dan kesabaran; melaluinya kita dapat mengatasi musuh.”