Penulis

Lihat semua
Remi Oyedele

Remi Oyedele

Remi ialah seorang pakar kewangan yang profesional dan penulis bebas yang bersemangat dalam firman Tuhan dan buku kanak-kanak. Matlamat hidup utamanya adalah menyampaikan kebenaran Alkitab melalui kisah-kisah kanak-kanak agar mereka menyimpannya dalam hati. Jadi tanpa hairan, C. S. Lewis menjadi inspirasi utamanya! Remi merupakan Sarjana Sastera dalam penulisan kanak-kanak dan telah melengkapkan kursus-kursus gaya pos di Christian Writer’s Guild dan Institut Kesusasteraan Kanak-Kanak. Remi berasal dari Nigeria, kini dia menetap di Florida Tengah yang dia akan membaca dan menulis blog di wordzpread.com pada masa lapang. Suaminya, David, peminat nombor satu bagi blognya.

Artikel oleh Remi Oyedele

Hidup yang Kelimpahan

Seorang ahli falsafah pada abad ke-17 yang bernama Thomas Hobbes, terkenal kerana penulisannya yang mengatakan bahawa kehidupan manusia secara semula jadi adalah “sepi, miskin, jahat, kasar, dan singkat.” Hobbes berhujah bahawa naluri kita condong ke arah perang dalam usaha untuk menguasai orang lain; justeru kerajaan perlu ditubuhkan untuk menguatkuasakan undang-undang dan peraturan. 

Ukuran Baik

Pada suatu hari di stesen minyak, Staci terserempak dengan seorang wanita yang telah terlupa membawa kad banknya. Maka wanita itu bersama bayinya, memohon bantuan daripada orang ramai. Walaupun Staci menganggur pada masa itu, dia membelanjakan sejumlah $15 untuk mengisi minyak kereta wanita yang tidak dikenalinya. Beberapa hari kemudian, Staci pulang ke rumah dan mendapati sebuah bakul berisi permainan kanak-kanak dan hadiah-hadiah lain di anjung rumahnya. Rakan-rakan wanita itu telah membalas kebaikan Staci dan menukarkan berkat $15 itu kepada hadiah Krismas yang indah untuk seisi keluarganya. 

Apakah yang Seterusnya?  

Pada malam 3 April 1968, Dr. Martin Luther King memberikan ucapan terakhirnya, “Saya Pernah Berada Di Puncak Gunung.” Dia mengatakan bahawa dia mungkin tidak dapat hidup lama. Dia berkata, “Kita akan berhadapan dengan masa yang sukar. Tetapi ia tidak lagi penting bagi saya sekarang. Kerana saya pernah sampai ke puncak gunung. Saya pernah memandang dari atas. Saya telah melihat tanah yang dijanjikan. Saya mungkin tidak boleh pergi ke situ bersama anda ... [Tetapi] Saya amat bersukacita pada malam ini. Saya tidak bimbang akan apa-apa. Saya tidak takut kepada sesiapa. Mata saya telah melihat kemuliaan dalam kedatangan Tuhan.” Keesokan harinya, dia dibunuh. 

Pemergian yang Berharga

Wartawan daripada Akhbar Boston Globe menggambarkan Pameran The Wait (Penantian) oleh pengukir Liz Shepherd menonjolkan bahawa “kehidupan adalah berharga, fana, ulung” pada tahun 2018. Ketika Liz Shepherd menemani ayahnya pada penghujung nyawanya, dia diilhamkan untuk mengadakan pameran itu supaya menyampaikan kerinduan, kekosongan akibat kehilangan, dan perasaan rapuh apabila orang tersayang tidak dapat dijangkau.

Tuhan Yang Sebenarnya

Dalam buku Riwayat Narnia: Singa, Ahli Sihir dan Almari yang ditulis oleh C. S. Lewis, semua rakyat di Narnia berasa begitu teruja ketika singa perkasa Aslan muncul semula setelah kehilangan untuk masa yang lama. Walau bagaimanapun, kegembiraan mereka bertukar menjadi kesedihan apabila Aslan menyerah kepada desakan Ahli Sihir Putih yang jahat. Aslan kelihatan kalah pada masa itu, namun orang Narnia mengalami kuasanya ketika ngaumannya yang lantang menyebabkan Ahli Sihir melarikan diri dalam ketakutan.

Campur Tangan Tuhan

Dalam puisi berjudul “This Child Is Beloved” (Anak Ini Dikasihi), Omawumi Efueye yang lebih dikenali sebagai Pastor O, menulis tentang ibu bapanya yang pernah cuba menggugurkannya sewaktu dia di dalam kandungan. Setelah beberapa kejadian luar biasa yang menghalangnya digugurkan, maka mereka mengambil keputusan untuk melahirkannya. Pengetahuan tentang pemeliharaan Tuhan ke atas hidupnya telah mendorong Omawumi bersara daripada kerjayanya yang menguntungkan dan melayani Tuhan sepenuh masa. Pada hari ini, dia melayani sebuah gereja di London dengan setia.

Penempatan Sempurna

Ahli-ahli sains tahu planet kita berkedudukan pada jarak yang tepat daripada matahari untuk mendapat manfaat daripada kepanasannya. Jika lebih dekat lagi, semua air di bumi akan menyejat seperti planet Zuhrah. Jarak yang jauh lagi pula akan menyebabkan semua makhluk membeku seperti planet Marikh. Bumi juga mempunyai saiz paling sesuai untuk menghasilkan tenaga graviti yang secukupnya. Graviti yang kurang akan menjadi seperti isipadu bulan yang sangat ringan dan permukaannya yang tandus. Graviti yang lebih pula akan memerangkap gas-gas beracun yang membunuh kehidupan seperti planet Musytari.

Sukacita Pemberi

Masih ingat akan patung Elmo daripada program TV Sesame Street? Doraemon? Apakah persamaan kedua-dua ini? Setiap satunya merupakan hadiah Krismas yang paling popular sepanjang zaman. Dalam senarai itu juga termasuklah hadiah kesukaan seperti Monopoly, Nintendo Game Boy dan Wii.

Menggenggam dengan Tamak

Dalam cerita dongeng kuno The Boy and Filberts (kacang hazel), seorang budak lelaki memasukkan tangannya ke dalam balang kacang dan mengambil segenggam penuh kacang. Tangannya begitu penuh dengan kacang sehingga tidak dapat dikeluarkan daripada balang. Oleh sebab dia tidak sanggup melepaskan sedikit pun daripada apa yang diperolehnya, budak itu mula menangis. Akhirnya, dia dinasihatkan supaya melepaskan beberapa biji kacang daripada genggamannya supaya dia dapat mengeluarkan tangannya daripada balang itu. Ketamakan boleh mendatangkan akibat yang dahsyat.