Penulis

Lihat semua
Sheridan Voysey

Sheridan Voysey

Sheridan Voysey ialah seorang penulis, penceramah, dan penyiar yang bekerja di Oxford, England. Dia telah menulis beberapa buku termasuklah Resurrection Year: Turning Broken Dreams into New Beginnings dan Resilient: Your Invitation to a Jesus-Shaped Life. Selama bertahun-tahun, Sheridan juga pengacara bagi “Open House”, rancangan temu bual secara langsung di Australia setiap malam Ahad, membincangkan isu kehidupan, keimanan dan budaya. Dia berceramah secara tetap bagi konferensi dan acara-acara di seluruh dunia. Dia berijazah dalam teologi dan komunikasi, dia juga melayani di banyak gereja dan menjadi pemimpin di organisasi yang berteraskan kepercayaan kepada Kristus. Dia menulis blog dan memuat naik fail media digital di sheridanvoysey.com. Anda juga boleh mengetahui lebih banyak tentang pelayanannya di Facebook (facebook.com/sheridanvoysey) dan Twitter (@sheridanvoysey).

Artikel oleh Sheridan Voysey

Dipanggil untuk Bertumbuh 

Pepancut laut (sea squirt) adalah sejenis makhluk yang aneh. Anda boleh melihatnya melekat pada batu dan kerang, wujudnya seperti tiub plastik lembut yang melambai mengikut arus laut. Pepancut laut mengambil nutrien dari air yang mengalir. Makhluk ini melalui kehidupan yang amat pasif berbanding dengan kehidupan masa mudanya yang aktif.

Kasih Sayang Tuhan

Saya pernah mendengar seorang ahli perniagaan menggambarkan masa dia belajar di universiti sebagai masa yang dia selalu berasa “tidak berdaya dan tiada harapan” akibat kemurungan. Sedihnya, dia tidak pernah berjumpa dengan doktor untuk meluahkan perasaan itu. Sebaliknya dia mula membuat lebih banyak rancangan yang drastik, seperti menempah sebuah buku tentang bunuh diri dari perpustakaan setempat dan menetapkan tarikh untuk mengakhiri nyawanya.

Murah Hati dan Sukacita

Para pengkaji memberitahu kita bahawa terdapat hubungan antara murah hati dengan sukacita: mereka yang memberikan wang dan masa kepada orang lain lebih gembira daripada orang yang tidak berbuat demikian. Hal ini membuat seorang ahli psikologi merumuskan, “Berhentilah berfikir bahawa memberi merupakan kewajipan moral, dan mulalah menganggapnya sebagai sumber kegembiraan.”

Pada Akhirnya 

Saya sering diberi keistimewaan untuk memimpin kem retret rohani. Meluangkan waktu selama beberapa hari untuk berdoa dan merenung sangat memperkaya hidup. Semasa program dijalankan, kadang-kadang saya meminta para peserta melakukan satu latihan: “Bayangkan hidup anda sudah berakhir dan berita kematian anda diterbitkan di surat akhbar. Apakah yang anda ingin katakan?” Hasilnya, sebilangan peserta mengubah keutamaan hidup mereka, dengan tujuan untuk mengakhiri hidup mereka dengan baik. 

Bernyanyi Sekali Lagi

Burung madu yang boleh ditemukan di Australia berada dalam masalah kerana makhluk kecil ini kehilangan bunyi. Walaupun dahulunya spesies ini banyak, tetapi sekarang hanya tinggal 300 ekor. Dengan bilangan yang begitu sedikit sebagai objek penyelidikan, burung madu jantan semakin melupakan nyanyian uniknya sehingga gagal menarik pasangan.

Bangkit dan Menari 

Dalam sebuah video yang dikongsi secara meluas, seorang wanita tua yang anggun duduk di kerusi roda. Marta González Saldaña yang dulunya seorang penari balet terkenal, kini menderita penyakit Alzheimer. Tetapi sesuatu yang ajaib berlaku apabila muzik Tchaikovsky Swan Lake (Danau Angsa) dimainkan. Sementara itu, tangannya yang lemah terangkat perlahan-lahan; dan ketika trompet pertama kedengaran, dia mula membuat persembahan di kerusi rodanya. Walaupun fikiran dan tubuhnya semakin merosot, bakatnya tetap ada.

Nyanyian Kasih

Pada suatu petang Sabtu, kami pergi ke sebuah taman di tepi sungai yang tenang. Di situ, orang-orang sedang berjoging, memancing, serta burung camar yang berebut-rebut sisa-sisa ikan dan kentang goreng, manakala saya dan isteri duduk memerhatikan satu pasangan. Mereka mungkin berusia akhir 40-an, bertutur dalam bahasa asing. Wanita itu duduk menatap mata pasangannya sementara lelaki itu tanpa segan menyanyikan lagu cinta dalam bahasanya sendiri. Kami turut mendengar nyanyiannya yang dibawa angin.

Mengelakkan Pintu

Hidung tikus kecil (dormouse) itu bergerak-gerak. Pastinya ada sesuatu yang lazat di sekitarnya. Aroma itu membawa tikus itu kepada bekas biji benih yang lazat untuk burung. Tikus itu memanjat rantai yang menghubungkan bekas makanan burung, masuk melalui pintu bekas dan memakannya secara lahap sepanjang malam. Hanya pada waktu pagi tikus itu menyedari satu masalah besar. Burung-burung mematuk tikus itu melalui pintu bekas, tetapi binatang yang kecil itu tidak dapat melarikan diri kerana saiz tubuhnya kini menjadi 2 kali ganda besar daripada saiz asal!

Nasihat yang Bijaksana

Ketika bumbung bangunan Katedral Notre-Dame di Paris terbakar pada April 2019, tiang kayu lama dan kepingan timah turut menjadi relau yang sangat panas sehingga kebakaran tidak dapat dibendung. Selepas puncak menara katedral runtuh secara mendadak, perhatian mulai berubah ke arah menara loceng. Sekiranya kerangka kayu loceng besi itu turut terbakar, kedua-dua menara akan runtuh dan katedral akan musnah.