Seminggu sebelum…
Harapan yang Kekal
Kesyukuran yang Ikhlas
Untuk persediaan bagi temu duga pekerjaan pertama anak kami, Xavier, suami saya Alan, menyerahkan satu pek kad ucapan terima kasih kepada dia untuk diberikan kepada bakal majikan selepas temu duga. Alan kemudian berpura-pura memainkan peranan sebagai penemu duga pengambilan pekerja dengan menggunakan pengalamannya sebagai pengurus selama beberapa dekad untuk bertanya soalan kepada Xavier. Selepas itu, anak kami memasukkan beberapa salinan resumenya ke dalam fail. Dia tersenyum apabila Alan mengingatkannya tentang kad tersebut. “Saya tahu,” katanya. “Nota terima kasih yang ikhlas akan membezakan saya daripada semua pemohon lain.”
Tidak Putus Harapan
Setelah kawan saya disahkan menghidapi penyakit kanser, doktor menasihati dia supaya mengurus segala urusannya yang perlu. Dia menelefon saya sambil menangis kerana bimbang tentang suami dan anak-anaknya. Saya berkongsi permintaan doa dengan kawan-kawan kami. Kami gembira apabila doktor yang kedua menggalakkannya tidak berputus asa dan menjamin pasukan perubatannya akan melakukan yang terbaik untuk membantu. Walaupun terdapat hari-hari yang lebih sukar, namun dia menumpukan sepenuh perhatiannya kepada Tuhan dan bukan pada dirinya. Dia tidak pernah berputus asa.
Berjalan seperti Pahlawan
Emma yang berusia 18 tahun setia berkongsi tentang Yesus di media sosial, walaupun ada orang mengkritik kegembiraan dan kasihnya untuk Kristus. Ada yang menyerangnya dengan kata-kata menghina mengenai penampilan fizikalnya. Bahkan ada yang berkata pengabdiannya kepada Tuhan disebabkan kebodohannya. Walaupun kata-kata mereka melukai hati Emma, dia tetap menyebarkan Injil dengan iman yang berani serta kasih untuk Yesus dan orang lain. Kadangkala, dia tergoda untuk percaya bahawa identiti dan nilainya ditentukan oleh kritikan orang lain. Apabila hal itu berlaku, dia meminta pertolongan daripada Tuhan, berdoa untuk para penganiayanya, merenungkan ayat-ayat Alkitab, serta tabah dan yakin dalam kuasa Roh Kudus.
Tuliskan Nama Anda
Dalam buku kanak-kanak, Love Letters from God (Surat Cinta Tuhan), penulis Glenys Nellist menjemput anak-anak berinteraksi dengan Tuhan dengan cara yang sangat peribadi. Dalam buku kanak-kanak ini, sebuah nota daripada Tuhan akan diselitkan dalam setiap cerita, dan ruangan kosong disediakan untuk diisikan nama anak. Dengan menjadikan kebenaran firman sesuatu yang peribadi, ini akan menolong para pembaca muda memahami bahawa Alkitab bukan sekadar sebuah buku cerita. Tetapi mereka diajar bahawa Tuhan mahu membina satu hubungan dengan mereka, dan Dia berbicara kepada anak-anak yang sangat dikasihi-Nya melalui Alkitab.
Apa Jua yang Kita Lakukan
Dalam bukunya Surprised by Joy, C. S. Lewis mengakui sewaktu dia menjadi seorang Kristian pada umur 33 tahun, dia pernah “menendang, bergelut, berasa geram dan melihat ke mana-mana, bermati-matian mencari setiap peluang untuk melepaskan diri daripada Tuhan.” Walaupun dia sendiri menentang, malah harus menghadapi kekurangan dan halangannya, Tuhan mengubah dia menjadi pembela iman yang berani dan kreatif. Lewis mengisytiharkan kasih dan kebenaran Tuhan melalui penulisan sejumlah esei dan novel yang sangat berkuasa, yang kini masih dibaca, dikaji dan dikongsi lebih daripada 55 tahun selepas dia meninggal dunia. Kehidupannya mencerminkan kepercayaannya bahawa seseorang “tidak pernah terlalu tua untuk menetapkan azam lain atau mengimpikan suatu impian baru.”
Hidup. Doa. Kasih.
Disebabkan oleh pengaruh besar daripada ibu bapa yang kuat beriman, pelari balapan Jesse Owens hidup sebagai seorang yang beriman teguh kepada Tuhan. Semasa Sukan Olimpik yang diadakan di Berlin, Jerman pada tahun 1936, Owen tergolong daripada segelintir atlet berkulit hitam dalam pasukan Amerika Syarikat. Dia telah memenangi empat buah pingat emas walaupun diselubungi oleh suasana kebencian yang dimulakan oleh Nazi dan pemimpin mereka, Hitler. Dia juga berkawan dengan seorang atlet berbangsa Jerman, Luz Long. Di sebalik propaganda Nazi itu, Owen yang menjalani hidup sederhana yang beriman telah mempengaruhi Luz. Kemudian, Luz menulis surat kepada Owens, “Sewaktu pertama kali saya berbicara dengan anda di Berlin, saya telah melihat kamu berlutut, saya tahu anda sedang berdoa ... saat itu rasa-rasanya saya mungkin akan mempercayai Tuhan.”
Meraikan Kreativiti Tuhan
Tatkala muzik memenuhi auditorium gereja, Lance Brown, iaitu seorang pelukis buta warna menaiki pentas. Dia berdiri di hadapan kanvas besar berwarna putih. Belakangnya menghadap jemaah dan dia mencelupkan berusnya ke dalam cat hitam. Dengan sapuan yang halus, dia menyelesaikan sebuah lukisan mengenai kayu salib. Coretan demi coretan dengan berus dan tangannya, dia menceritakan penyaliban dan kebangkitan Kristus dengan gambar visual. Dia menutup tompok besar kanvas dengan cat hitam serta menambahkan warna biru dan putih untuk menyiapkan lukisan abstrak dalam masa kurang daripada 6 minit. Dia mengambil kanvas itu, lalu menterbalikkannya, dan mendedahkan imej tersembunyi—wajah Yesus yang penuh belas kasihan.
Siapakah Dia?
Dalam perjalanan pulang semasa bulan madu, saya dan suami saya menunggu untuk pemeriksaan bagasi kami di lapangan terbang. Saya menyikunya dan menuding ke arah seorang lelaki yang berdiri tidak jauh daripada kami.