Category  |  Pedoman Harian

Memori Sepintas Kilat

Masa itu merupakan awal musim sejuk tahun 1941. Ibadah Ahad baru sahaja selesai. Datuk saya masih berbual-bual dengan jemaah lain di dalam sebuah gereja kecil di kawasan utara, ayah saya dan adik-beradiknya berjalan kaki untuk pulang ke rumah yang tidak jauh dari situ. Apabila datuk mendaki bukit yang bersalji untuk menuju ke rumah ladang, dia menangis. Dia baru sahaja mendapat tahu bahawa Pearl Harbor telah dibom. Anak-anak lelakinya—termasuk ayah saya—harus pergi berperang. Ayah sentiasa mengingati detik itu dengan begitu jelas.

Perempuan yang Takut kepada Tuhan

Sambutan hari jadi Rosie tidak dapat dilupakan. Makanannya lazat, gurauan di meja amat menyeronokkan, dan kehadiran cucu pertamanya menjadi penyeri yang sempurna! Bagaimanapun, perkara-perkara baik ini tidak setanding dengan penghargaan yang diberikan oleh dua orang anak lelakinya. Walaupun perkahwinan Rosie tidak berkekalan, kecekapannya yang luar biasa sebagai ibu tunggal sangat mempengaruhi kehidupan anak-anaknya. Kata-kata pujian mereka menggambarkan segala usaha Rosie untuk menyediakan keperluan mereka. Ucapan anak bongsunya paling tepat menggambarkan teladan Rosie kepada mereka: “Dia seorang wanita yang takut kepada Tuhan.”

Misi Radikal

Diognetus, seorang pagan pada abad kedua, menyedari bahawa pengikut Kristus ”hari demi hari semakin bertambah”. Ini berlaku walaupun mereka sering dianiaya oleh kekuasaan Rom. Dia bertanya kepada seorang yang percaya kepada Yesus mengapa hal ini berlaku. Dalam dokumen yang kita kenali sebagai Surat kepada Diognetus (Letter to Diognetus), bapa gereja awal itu menjawab, “Tidakkah kamu nampak bahawa semakin banyak orang Kristian dianiaya, semakin bertambah bilangannya? Ini nampaknya bukan hasil usaha manusia: ini adalah disebabkan oleh kuasa Tuhan.”

Pujian Berterusan kepada Tuhan

Dalam perjalanan ke Montana pada suatu musim panas, kami berhenti di kawasan rehat untuk meregangkan kaki. Di dalam salah sebuah bangunan itu terdapat seorang lelaki muda yang sedang menyanyikan lagu pujian, “It Is Well with My Soul” (Tenanglah jiwaku) sambil mengemop lantai. Saya tidak dapat menahan diri lalu turut bernyanyi. Ketika dia menyanyikan korus “it is well,” (Tenanglah), saya terus mengulangi kata-kata itu. Bersama-sama, kami menyanyikan baris terakhir: “It is well, it is well ... with my soul!” (Tenanglah, tenanglah ... jiwaku!). Dia tersengih dan menepuk tangan, serta berkata, “Puji Tuhan!” Apabila saya kembali ke kereta, yang suami saya sedang menunggu, dia bertanya, “Kenapa kamu senyum lebar?”

Bekerjasama dalam Yesus

“Tidak kira di mana anda berada, apa yang anda alami; gunakan apa yang anda ada dan manfaatkan sepenuhnya,” kata seorang wanita muda dalam satu temu bual di televisyen. Kata-katanya mendorong saya untuk mendengar dengan teliti kisahnya. Saya dapati bahawa dia adalah salah seorang daripada enam adik-beradik perempuan yang sedang berusaha untuk mendapatkan ijazah kejururawatan. Mereka pernah kehilangan tempat tinggal dan hidup susah, namun mereka saling menyokong dan bekerjasama untuk mencapai matlamat bersama. Ketika kisah itu disiarkan, keenam-enam adik-beradik perempuan itu sedang menamatkan program kejururawatan di sebuah universiti tempatan.