Category  |  Pedoman Harian

Melayani Tuhan Kerana Kasih

Ayah saya seorang yang rajin bekerja di ladang dan di kilang, tetapi dia bukan seorang yang pandai membaiki barang. Adakalanya, apabila traktor, mesin pemanas rumah, atau paip air rosak, jiran atau rakan akan datang membaikinya. Ayah menawarkan untuk membayar walaupun dia tahu dia tidak mampu membayar yang sepatutnya diterima mereka. Tetapi mereka menolak; mereka hanya suka membantu. Ayah akan berkata, “Terima kasih, semoga anda dibayar lebih nanti.” Saya masih tak pasti apa yang dimaksudkan ayah. Mungkin ini bermaksud ayah atau orang lain akan membalas bantuan mereka pula pada masa lain.

Mengapa Dinamakan Good Friday?

Apakah baiknya tentang Good Friday (juga dikenali sebagai Jumaat Agung)? Mengapa ia tidak dipanggil Jumaat Buruk atau Jumaat Sedih? Lagipun, kita patut merenungkan hari itu dengan kesedihan, bukan dengan sikap perayaan. Kadangkala, hari ini mengambil nama lain, seperti Jumaat Suci. Di Jerman, ia dipanggil Karfreitag yang bermaksud Jumaat yang Menyedihkan. Jadi dari mana kita mendapat tradisi memanggilnya “Baik”? Ada yang percaya ia mungkin berasal daripada tradisi lama dalam bahasa Inggeris yang memanggilnya “Jumaat Tuhan” (God’s Friday).

Keprihatinan dan Persekutuan

Apabila lengan atas saya patah, rakan saya, Rex, telah mengejutkan saya dengan menghantar sekotak sup beku bersama satu senduk perak yang cantik. Saya sangat terharu dan menyimpan senduk itu baik-baik, walaupun sup itu sudah lama habis dimakan. Kini tangan saya sudah sembuh. Rakan saya Rex pula telah meninggal dunia, tetapi tindakan kasihnya terus menunjukkan kasih Tuhan kepada saya. Setiap kali saya mengangkat senduk itu, saya bersyukur kepada Tuhan atas kasih-Nya kepada saya melalui rakan saya.

Integriti Sejati

Dalam satu temu duga kerja, Carol ditanya berulang kali, “Mengapakah anda berhenti bekerja sebelum ini?” Penemuduga itu mempunyai firasat bahawa Carol mungkin pernah ada konflik dengan bekas majikannya, dan dia ingin tahu apa yang telah berlaku.

Pandangan Tuhan

Hudson Taylor berasa susah hati. Dia telah meninggalkan England untuk berkongsi Injil tentang Kristus di China, dan pelayanan—walaupun mencabar—telah berjalan lancar. Akan tetapi, ketika dia membuat pertimbangan untuk menghantar lebih ramai orang untuk melayani di bahagian negara China yang lebih berbahaya pada tahun 1865. Disebabkan misi yang berisiko tanpa perlindungan, dia mengalami “konflik yang sengit.” Selepas bergelut dengan Tuhan dalam doa, dia menulis, “Tuhan menaklukkan ketidakpercayaanku, dan aku menyerahkan diriku sepenuhnya kepada Tuhan ... dengan menyedari bahawa segala tanggungjawab ... dan akibatnya harus terletak di tangan-Nya.”