Cara Tuhan yang Tidak Dijangka
Ketika Alkitab yang disimpan oleh Matt Williams di bahagian belakang keretanya dicuri, dia takut bahawa dia tidak akan melihatnya lagi. Dia juga risau bahawa gambar-gambar berharga yang disimpannya di dalam sarung Alkitab itu akan hilang. Jadi, dia menaikkan doa singkat: “Ya Tuhan, aku sangat sedih. Alkitab itu ada banyak benda yang sangat bermakna bagiku, dan aku mohon untuk dapatkannya kembali. Tetapi bukan menurut kehendak saya, melainkan kehendak-Mu, seperti yang Engkau selalu katakan.” Hanya beberapa hari kemudian, Williams terkejut apabila mengetahui melalui media sosial bahawa Alkitabnya ditemui di dalam sebuah kereta curi. Alkitabnya diletakkan di sebelah satu lagi Alkitab milik pemilik asal kereta itu, di tempat duduk penumpang. Walaupun kelihatan mustahil untuk mendapatkan kembali barang kesayangannya, Tuhan menjawab doanya.

Inspirasi daripada Kisah-Kisah Alkitab
Semasa membaca sebuah buku tentang Perang Dunia Kedua, saya membaca sebuah kisah tentang Pertempuran Bukit 609 di Afrika Utara, tempat yang ayah saya mengalami cedera parah. Saya sudah pun tahu tentang peristiwa itu, tetapi apabila saya membaca catatan terperinci tentang apa yang dilaluinya pada hari itu, saya mendapat pemahaman baru tentang ayah saya.

Hidup yang Berdisiplin
Pelakon Hollywood, Tom Cruise telah membina kerjaya filemnya dengan senyuman yang memikat ... dan aksi lagak ngeri yang luar biasa. Salah satu aksi ikonik dalam siri filem, Mission: Impossible menampilkan Cruise menunggang motosikal dari tebing gunung dan terjun dengan payung terjun untuk menyelamatkan diri.

Masa dan Pergelutan
Josephine Cochrane (1839-1913) sudah jemu pinggannya rosak akibat dicuci dengan tangan, lalu dia memutuskan untuk mencipta mesin basuh pinggan. Tidak lama selepas dia memulakan reka bentuk ciptaannya, suaminya meninggal dunia, dan meninggalkannya dengan beban hutang. Keadaan itu membuatkan dia lebih berazam untuk berjaya. Pada tahun 1886, dengan bantuan seorang mekanik, dia berjaya membina dan memperoleh paten mesin basuh pinggan manual pertama yang berjaya secara komersial. Pada mulanya, mesin itu tidak mendapat sambutan, tetapi hotel dan restoran mula membelinya. Hanya pada tahun 1950-an, barulah mesin basuh pinggan menjadi popular di rumah-rumah.

Kaya dengan Amal Kebajikan
Ross-on-Wye ialah sebuah bandar yang berpemandangan indah di Herefordshire, England. Bandar ini terkenal dengan menara gerejanya yang tinggi dan runcing, bangunan pasar yang bersejarah, serta taman di atas bukit memberikan pemandangan yang menakjubkan ke arah Sungai Wye yang berdekatan. Ketika bersiar-siar di jalan-jalan bandar itu, satu nama sering kelihatan: John Kyrle.