
Kesyukuran yang Rendah Hati
Pada Hari Kesyukuran suatu tahun, saya menelefon untuk memberi salam kepada ibu bapa saya. Saya bertanya kepada ibu saya apa yang dia paling bersyukur. Dia berkata dia amat bersyukur kerana “ketiga-tiga anak ibu telah mengenal Tuhan.” Bagi ibu saya, yang selama ini sangat menekankan kepentingan pendidikan, ternyata ada sesuatu yang lebih berharga baginya, lebih daripada kejayaan akademik atau kemampuan anak-anaknya untuk berdikari.

Hitunglah Berkatmu
Semasa saya masih kecil, saya suka lagu lama bertajuk “Count Your Blessings” (Hitunglah Berkatmu). Lagu ini menggalakkan mereka yang “dipukul ribut kehidupan” dan “berasa seolah-olah segala-galanya telah hilang” untuk “hitunglah berkatmu, sebutkan satu demi satu.” Bertahun-tahun kemudian apabila suami saya, Alan, berasa tawar hati, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu kepadanya. Kemudian saya akan membantunya untuk menghitung berkat-berkat yang dinikmatinya. Tindakan itu mengalihkan perhatian Alan daripada pergelutan dan keraguannya, lalu memusatkan semula pemikirannya kepada Tuhan dan alasan-alasannya untuk bersyukur.

Meminta Pertolongan Tuhan
Semasa saya masih muda, saya beranggapan bahawa adalah tidak wajar untuk meminta Tuhan menolong saya menyiapkan tugasan penulisan supaya saya dapat menghantarnya sebelum tarikh akhir. Orang lain mempunyai keperluan yang lebih besar, saya memberitahu diri saya sendiri. Masalah keluarga. Krisis kesihatan. Kekecewaan dalam pekerjaan. Keperluan kewangan. Saya juga pernah menghadapi semua perkara itu. Tetapi menyiapkan tugasan penulisan terasa terlalu remeh untuk dibawa kepada Tuhan. Tetapi kemudian, pandangan saya berubah apabila saya mendapati terdapat banyak contoh dalam Alkitab tentang Tuhan yang menolong umat-Nya, tanpa mengira kecil atau besarnya cabaran yang dihadapi oleh mereka.

Pengharapan dalam Penantian
Alida menjalani ujian DNA pada tahun 2020, dan hasil ujian menunjukkan bahawa ada padanan yang kuat dengan seorang lelaki yang tinggal di pantai bertentangan Amerika Syarikat. Kemudian, dia dan anak perempuannya menemui sebuah artikel berita dari tahun 1950-an, sehingga mereka membuat kesimpulan bahawa lelaki itu ialah bapa saudara Alida yang telah lama hilang, Luis! Dia telah diculik dari sebuah taman pada tahun 1951 ketika dia berumur enam tahun. Ujian DNA itu, yang diambil tujuh puluh tahun selepas kehilangan Luis, akhirnya membawa kepada pertemuan semula yang bahagia dengan ahli keluarga kandungnya. Alida berkata, “Dengan berkongsi kisah kami, ia mungkin dapat membantu keluarga lain ... Saya ingin berkata, jangan berputus asa.”
