Nilai Kita dalam Yesus
Mario ialah seorang penagih alkohol dan dadah yang berusia dua puluh lapan tahun serta telah dipenjarakan kerana jenayah pecah rumah. Semasa hukuman dijatuhkan, hakim berkata bahawa dia “mensia-siakan hidupnya .” Mario dengan sedih menyedari kata-kata hakim itu benar. Pada pertengahan tempoh hukumannya, dia terlihat iklan untuk pertandingan kewartawanan. Ini menarik minat Mario, dia pun mendaftar di sebuah universiti berdekatan. Dari situ, minatnya berkobar-kobar. Mario suka belajar mengarang berita, dan selepas dibebaskan dia menamatkan ijazah sarjananya dalam kewartawanan, dan kini menjadi penulis untuk khabar The New York Times. Hidupnya tidak disia-siakannya lagi!

Harta yang Paling Disayangi
Ayah saya mula-mula menatap muka ibu saya ketika menghadiri suatu majlis yang diadakan di London. Seterusnya dia menganjurkan majlis yang kedua, kemudian yang ketiga, semata-mata untuk mengambil kesempatan untuk melihat ibu lagi. Akhirnya, dia memberanikan diri mengajak ibu keluar untuk memandu di sekitar desa, menjemputnya dengan sedan Rover lamanya—harta miliknya yang paling disayangi.

Tuhan Menjaga Kita
Dua orang juruterbang tertidur semasa penerbangan mereka di ruang udara Indonesia. Semasa juruterbang utama mendapat kebenaran untuk tidur sebentar sebaik pesawat mencapai ketinggian penerbangan, dia terjaga dan mendapati pembantu juruterbangnya juga telah tertidur. Kedua-duanya tertidur selama kira-kira tiga puluh minit. Lebih daripada 150 orang penumpang dan anak kapal berada di atas kapal terbang serta berada pada ketinggian kira-kira 36,000 kaki (10,973 meter). Pesawat telah tersasar dari laluan asal, tetapi syukurlah pesawat itu masih selamat tiba di destinasinya.

Sindrom Penipu
Adakah anda pernah berasa seperti seorang penipu? Anda tidak bersendirian! Pada akhir 1970-an, dua orang penyelidik mengenal pasti “sindrom penipu” sebagai satu keadaan yang membuat seseorang meragui kemahiran, bakat, atau kebolehannya sendiri, sehingga menganggap dirinya sebagai seorang penipu. Malah, ramai individu yang berjaya dan bijak turut bergelut dengan perasaan tidak cukup layak, bimbang sekiranya orang lain mengetahui keadaan sebenar diri mereka—ada banyak sekali hal yang mereka tidak tahu walaupun mereka sudah mencapai kejayaan dalam hidup.

Berdoalah
Projek bebas yang saya kerjakan tidak berjalan dengan lancar. Pelanggan menuntut sesuatu yang kelihatan mustahil, dan saya menjadi tertekan dan rasa putus asa. Reaksi pertama saya adalah ingin menyerah saja, tetapi itu juga bermaksud saya tidak akan mendapat bayaran untuk kerja yang saya telah lakukan, bahkan kemungkinan kehilangan peluang projek masa depan bersama mereka. Kemudian saya terfikir: Sudahkah kamu berdoa kepada Tuhan? Saya pun tersentak, menepuk dahi sendiri kerana sedar saya telah lupa meminta pertolongan Tuhan! Maka saya lantas berdoa ... dan serta-merta berasa lebih lega. Situasi tidak berubah—projek itu tetap mencabar—tetapi saya merasakan ketenangan menyelubungi saya. Sekarang saya tahu saya boleh berserah kepada Tuhan: Saya akan melakukan yang terbaik, dan menyerahkan hasilnya kepada Tuhan.