Category  |  Pedoman Harian

Hidup dalam Cahaya Kristus

Bilik hotel Tim kelihatan lebih gelap pada waktu malam. Bagaimana jika dia bangun tengah malam dan jatuh tergelincir disebabkan tidak dapat melihat? Tetapi apabila Tim memang bangun, dia terkejut melihat cahaya terang yang bersinar dari bawah katil sehingga menerangi laluannya. Sebuah sensor gerak telah mengaktifkannya. Cahaya itu hanya akan menyala jika dia bangun dan mula berjalan.

Mengasihi Sesama Manusia

Selepas ribut petir melanda bandar kami pada penghujung musim panas, kami terpaksa melakukan pembersihan besar-besaran di halaman rumah kami yang berselerakan dengan daun dan ranting pokok, serta menangani kemusnahan yang disebabkan oleh pokok tumbang. Semasa saya menghabiskan hari berikutnya untuk membaiki kerosakan dan membersihkan serpihan pokok, saya cuba menghiburkan diri dengan berkata berulang kali: “Mujurnya kami tidak ada pokok!” Memang benar. Selain daripada tiga batang pokok tirus kecil setinggi hampir 1 meter, kami tidak mempunyai pokok. Namun, saya masih menghabiskan banyak masa untuk membersihkan daun-daun yang berguguran, yang datangnya dari pokok-pokok jiran kami.

Tidak Pernah Bersendirian

Selama bertahun-tahun, saya telah memberi dorongan dan mendoakan ramai orang yang berjuang melawan rasa kesunyian kerana pelbagai sebab: penghuni di rumah jagaan yang tidak dikunjungi oleh ahli keluarga, balu yang menghabiskan masa di luar rumah supaya tidak berasa sunyi di dalam rumah yang kosong, pemimpin dalam pelayanan yang tiada tempat untuk berkongsi isi hati, dan gelandangan yang berasa terabai dan sendirian.

Setia Selamanya

Bencana kebakaran hutan paling dahsyat dalam sejarah Amerika Syarikat ialah Kebakaran Hutan Peshtigo di Timur Laut Wisconsin. Kebakaran tersebut berlaku pada malam yang sama dengan Kebakaran Chicago yang lebih terkenal (8 Oktober 1871), tetapi telah meragut beberapa ratus lagi nyawa. Peshtigo, sebuah bandar yang sedang berkembang pesat dengan bangunan-bangunan kayu dan sebahagian daripada industri kayu balak, telah musnah dalam masa sejam akibat kebakaran yang disemarakkan oleh angin kencang.

Damai dalam Berserah

Dahi Kayla berkerut semasa dia menyumbat sekeping lagi kertas kecil ke dalam kotak yang telah penuh label “Serahkan kepada Tuhan” di keempat-empat sisinya. Sambil menggoncang-goncangkan kotak yang berisi kertas-kertas doa kecil yang ditulisnya, dia mengeluh panjang. “Setiap hari doa-doa itu saya baca dengan suara yang kuat,” katanya kepada kawannya. “Macam mana saya boleh pasti yang Tuhan mendengar doa saya?” sambungnya. Kawannya, Chantel, menghulurkan Alkitabnya kepada Kayla sambil berkata, “Dengan percaya bahawa Tuhan itu menepati janji-Nya, dan benar-benar melepaskan kebimbangan kamu setiap kali kamu menulis atau membaca doa yang telah kamu serahkan kepada-Nya.”