
Memerlukan Kerendahan Hati
Sejak kecil, sepupu saya tinggal hanya 3 km jauhnya dari rumah kami. Namun mereka tidak dibenarkan untuk berinteraksi dengan keluarga saya. Mereka tidak pernah datang ke pertemuan atau bercakap dengan kami di kedai runcit tempatan. Ibu bapa mereka berkata, itu disebabkan pada masa yang lalu, kami tidak menghadiri gereja, maka kami telah menjadi pengaruh buruk bagi mereka. Jadi anda boleh membayangkan betapa kejutnya saya apabila seorang sepupu menghadiri pengebumian abang sulung saya selepas bertahun-tahun kemudian! Dia mendekati kami seorang demi seorang dan memohon maaf atas sikap mereka dengan rendah hati. Hubungan kami dengannya mula dipulihkan semula.

Kendali Dengan Cermat
Biola, selo dan gitar yang berjenama Stradivarius adalah antara alat muzik yang paling berharga di dunia. Alat-alat muzik ini dicipta pada abad ke-17 dan ke-18, oleh itu ia sukar didapati dan nilainya sangat tinggi. Ada kalanya sesuatu yang sangat berharga patut diberi penjagaan sepenuhnya. Jadi, apabila sebuah selo Stradivarius yang bernilai lebih daripada 20 juta dolar jatuh dari meja semasa penggambaran, itu benar-benar mengejutkan!

Dikasihi Tuhan dengan Kasih Abadi
S alah sepucuk surat cinta yang paling dramatik dan penuh misteri sepanjang zaman ditulis oleh seorang komposer yang bernama Ludwig van Beethoven, dan hanya ditemui selepas dia meninggal dunia pada tahun 1827. Surat tulisan tangan yang kelihatan ditulis dengan tergesa-gesa ini mengandungi ayat-ayat cinta yang sangat mendalam, seperti “Kekasihku yang kekal abadi… Aku hanya boleh hidup sepenuhnya bersamamu atau tidak sama sekali.” Namun amat menyedihkan, surat itu nampaknya tidak pernah dihantar, dan sehingga hari ini, tidak diketahui siapakah yang sepatutnya menerima surat tersebut.

Berwaspadalah!
Selepas bertahun-tahun bergelut dan berseru dalam berdoa, Frank akhirnya berhenti tabiat minum arak. Dia percaya bahawa kejayaannya itu adalah kerana pertolongan Tuhan dalam hidupnya. Akan tetapi, dia juga membuat beberapa perubahan penting. Dia tidak lagi menyimpan arak di rumah, berhati-hati dengan tanda-tanda amaran dalam perasaan dan fikirannya, dan mengelakkan keadaan yang boleh membuatkan dia tergoda. Dia bergantung pada Tuhan dan tahu bahawa dia tidak boleh memberi peluang kepada godaan atau dosa.
